Sunday, May 25, 2014

CATATAN PAGI AHAD 25 MEI 2014

Pagi ni aku kembali membuka ruang diary ini setelah agak lama tidak menjenguk. Ada kerja sekolah nak diselesaikan awal pagi ini. Ada laptop atas meja dan membuka sekejap dan teringat kepada diary ini...........
Banyak perkara nak dicatatkan sebenarnya... tapi tak pasti yang mana satu nak mula... Banyak sekali peristiwa dalam hidup yang nak diabadikan dalam diary ini....

Malam tadi lebih kurang jam 8.30 malam aku, Umi, Jie, Mizah, Hanis, Hanim dan dua cucuku Sya dan Na ke Medan Selera berhadapan Giant Jalan Langgar... hanya nak makan steam boat... . Kami order steam boat set RM40.00 untuk 6 orang.... ok juga la....  seronok tengok umi... anak2 dan cucu2 makan dengan berselera. Cuma sedih jugak Man tak balik sebab sibuk di USM.... menantuku Fauzi yang kerja TUDM tu ke Besut... . Nanti saja kuabadikan foto kenangan makan steamboat  malam tadi.

Sebenarnya sudah banyak perkembangan terkini dalam keluargaku.... Mizah anak sulungku sudah bekerja sebagai Assistant Executive di sebuah syarikat besar di Jitra. Kerjanya memang kena dengan bidang kelulusan ijazahnya iaitu botani... alhamdulillah ... aku dan umi bersyukur sangat Mizah dapat kerja. Ada sorang cikgu anak buahku di sekolah yang tolong dapatkan kerja tu. Kena pula dengan kelayakannya dan dengan izin Allah dapatlah dia kerja tu. Aku dan umi kini sedang uruskan utk membeli sebuah kereta baru untuk anak sulung kami tu supaya senang ke tempat kerja. Rasanya sehari dua lagi dapatlah kereta tu.

Hanis anak ketigaku nampak selesa dengan kerjanya sebagai chemist di Penang. Minggu ni dia balik ke rumah dengan menumpang sorang kawan sama tempat kerja yang tinggal di Utan Aji Perlis. Tak berapa sihat dia ni... tapi aku dah belikan ubat di farmasi petang semalam. InsyaAllah aku dan umi akan langsungkan perkahwinan Hanis pada bulan September ni. Majlis bertunang dah diadakan beberapa bulan lepas. Nanti saja kuabadikan foto kenangan majlis tu.

Hamizi menetap di rumah sekarang. Legalah sikit Jie ada di rumah sebab bolehlah tolong beberapa urusan di rumah. Jie ni memang tak minat langsung kerja makan gaji. Minatnya hanya bisnes. Takpa... aku dan umi tak kisah ...lagipun dia memang serius nak bisnes. Nampak semua pun ok... Jie sudah ada syarikat sendiri ... Litescape Resources nama syarikatnya tu. Sudah ada pejabat sendiri di kawasan Perusahaan Kristal kat Alor Setar ni. Nampak setakat ni bisnesnya banyak dalam servis dan bekalkan alatan komputer , bina website, web hosting dan hal berkaitan dengannya. Nampak dia tak fokus kpd bidang networking engeneering yang dia belajar kat UniMAP. tapi takpa kerana masih dalam kepakarannya. Yang aku faham bisnes tentang komputer ni luas. Aku akan sentiasa memantau perkembangan bisnes jie ni... dan aku akan bantu anakku yang berjiwa besar ni sampai dia dapat lesen kewangan dan boleh dapat tender dalam bidang komputer. Dia pun dah senang bergerak untuk urusan bisnesnya kerana kami dah bantu belikan sebuah Proton FLX untuknya.... warna merah ...


No comments:

Post a Comment