Hari ini Jumaat aku kembali menjenguk diaryku ini. Rupanya sudah beberapa bulan aku tidak update diary ini. Kesibukan dengan kerja dan keluarga membuatkan aku tiada ruang waktu untuk menulis di sini. Sehari dua ini kesibukakku agak reda. Inilah pagi ini lebih kurang jam 7.00 pagi.... aku kembali menulis di sini.
Banyak perkara dan peristiwa yang kulalui dalam tempoh sebulan dua ini. Hal-hal besar berkaitan kerja dan keluarga telah berlangsung dalam hidupku. Nanti akan kucatatkan jika ada kesempatan.
Hari ini sudah hampir seminggu usiaku menjangkau 51 tahun lebih. 29 hb Mac yang lepas aku menyambut ulangtahun kelahiran. Pada hari kelahiran aku menerima kejutan daripada isteri dan anak-anak. Rasa terharu sangat kerana masih dicintai, disayangi oleh orang tersayang. Masakan istimewa dan kejutan hadiah sangat mengujakan. Sebenarnya seperti biasa aku hampir terlupa tarikh hari lahirku.... dan macam biasa `surprise' daripada isteri dan anak-anak mengejutkan aku.... macam tiap-tiap tahun... menyambut hari lahir bukan kebiasaanku sejak kecil tetapi aku yang diingatkan dan diraikan oleh insan tersayang. Dalam hati aku sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri dan anak anak yang menyayangiku....
No comments:
Post a Comment