Friday, January 10, 2014

Diary Jumaat 10 Januari 2014

Petang ini aku ada sedikit masa lapang. Aku mengambil kesempatan ini untuk mencatatkan sesuatu di ruang ini. Memang sejak awal tahun baru sibuk memanjang. Banyak urusan di tempat kerja. Urusan di rumah juga banyak, hal keluarga, mak ayah di kampung dan macam-macam lagi. Hari ini boleh dikatakan aku lapang ... memang berniat sejak awal minggu untuk berehat dan bersantai sahaja di rumah. Kebetulan Hamizi balik dari Kuala Lumpur selepas urusan temuduga di Nilai. Pagi esok baru dia akan balik semula ke Kuala Terengganu. Hamizah dan 2 anaknya ada balik pagi tadi. Hanis petang ni akan balik terus dari tempat kerjanya di Perai. Hazman saja tak balik dari USM kerana ke UTM Sekudai kerana jemputan di sana untuk buat kerja-kerja grafik di sana. Aku pun tak berapa tahu apa jenis urusannya tu.  
Petang ni aku nak cuba masukkan sebanyak mungkin gambar-gambar kenangan sepanjang tahun 2013. Aku ingin abadikan foto-foto kenangan tu semua di ruang ini .
......


No comments:

Post a Comment