Saturday, May 31, 2014

Sabtu 31 Mei 2014- Hari Cuti Yang Kurang Acara... hari lapang untuk menulis diary ini...

Setelah sekian lama nampaknya hari ini aku ada kelapangan untuk menjenguk diari ini. Dalam hati berangan-angan untuk menulis dan memuatkan pelbagai gambar kenangan ke dalam diary ini. Harap-harap jadi kenyataanlah harapanku itu. Pagi ini aku bangun agak awal. Memang begitu selalunya... waktu cuti jarang sangat aku bangun lewat. Ada saja yang nak dibuat. Kononnya hari cutilah masa keemasan nak buat itu dan nak buat ini. Dalam senarai memang banyak perkara yang nak buat pada musim cuti begini. Tapi sebenarnya cuti ini pun banyak acara sebenarnya... jadual dah penuh. Macam hari ini pun dah ada siap dah perkara yang perlu dipenuhi. Pagi ini pun jam 7.00 pagi tadi aku sepatutnya berada di Stadium Darulaman untuk bersama dengan peserta-peserta Larian Bendang dari sekolahku. Lebih 20 orang yang mendaftar untuk sertai larian yang dianjurkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah. Macamanapun dah kuatur lebih awal setiausha sukanku untuk uruskan. Diapun ambil tanggunajawab tu dengan baik. Mungkin sekejap lagi aku akan pergi juga ke Stadium Darulaman untuk tengok Karnival Penyayang yang biasanya meriah. Ada juga aku bercadang nak bawa anakku Hamizi untuk sertai bengkel usahawan bersama Dato Dr Maznah Hamid yang terkenal tu. Mungkin jam 9.30 nanti kami ke sana. Tengahari ada kenduri kahwin di Dewan Inspin berhampiran Masjid Sultanah Bahiyah. Sahabat baik aku dan Umi iaitu Cikgu Azmi pensyarah Matrikulasi Kedah adakan kenduri anak keduanya. Datang menjemput sendiri.... mana boleh tidak pergi. Apapun jadualnya... pagi ini aku nak ambil peluang sedikit ruang yang terluang ini untuk memuat naik beberapa gambar kenangan ...
.......
......
.....Gambar ni kuambil di Langkawi bulan Mac 2014. Aku takda dalam gambar ni. Ni budak-budak bowling daerah Kota Setar pergi bertanding peringkat Negeri Kedah di Langkawi Bowl di tingkat atas Jeti Kuah. Semua 40 orang lelaki perempuan termasuk 6 orang guru jurulatih. Aku la pengurus / ketua kontinjen Bowling Kota Setar.... Waktu ni malam.... sedang makan kat gerai berhadapan Kompleks Haji Ismail Group yang baru.
.....
.....

No comments:

Post a Comment