Sunday, December 8, 2013

RASMI: AKU BERHENTI MENULIS UNTUK KUNTUM TAHUN 2014

Dengan sedihnya ingin kucatatkan di ruang diary bahawa aku tidak dapat meneruskan lagi ruangan Citra Peribahasa dalam majalah Kuntum. Perkara ini telah kumaklumkan secara lisan kepada Puan Asma Editor Kuntum dalam perbualan telefon kami. Pn. Asma agak kecewa namun apabila kuberikan alasan faktor kesibukan tugas dan kurang masa dan kesempatan untuk menulis, beliau akhinya menerima keputusanku. Cukuplah genap 3 tahun ... dan sebanyak 32 buah cerpen peribahasaku tersiar dalam majalah kakan-kanak itu. Setiap keluaran ratusan ribu kanak2 dan dewasa membaca tulisanku. Ramai juga rakan-rakan yang beritahu setiap bulan melanggan majalah Kuntum untuk anak-anak mereka semata-mata kerana ada tulisanku... sahabat mereka Azizan Abdul Kadir dalam majalah itu. Itulah dia... sedar tak sedar dah 3 tahun aku menulis untuk ruangan itu. Banyak juga cabaran untuk menulis setiap bulan. Paling sukar ialah nak memilih peribahasa yang sesuai untuk dijadikan cerpen. Biasanya aku menulis pada awal bulan untuk keluaran yang berikutnya. Jarang sangat aku menulis siap-siap untuk 2 atau 3 bulan sekali. Paling perit ialah bila dateline iaitu 10 hb setiap bulan dan sampai dan aku tak punya waktu untuk menulis kerana kesibukan kerja dan urusan keluarga..... memang sangat menuntut kesabaran. Bukan apa...nak memenuhi tanggung jawab sebagai seorang penulis bukannya mudah. Nak memenuhi standard yang kutetapkan sendiri...bahasa dan ejaan perlu dijaga kerana aku tak pernah berkompromi dalam hal bahasa standard walaupun hanya menulis sebuah fiksyen untuk kanak-kanak. Ketika menulis memang aku sentiasa kena ingat bahawa apa yang kutulis itulah yang biasanya akan keluar dalam majalah kerana editor biasanya jarang mengubah ayat yang kutulis.... tapi itulah pengalaman menulis sepanjang 3 tahun. Apapun aku sudah berpuas hati kerana dalam usia separuh abad aku sudah menulis sepanjang 3 tahun untuk majalah kanak-kanak no 1 di Malaysia yang edarannya ratusan ribu setiap bulan. Dalam hati aku berharap sedikit sebanyak tulisanku dapat mendidik anak-anak pelajar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Mudah-mudahan namaku sebagai penulis ruangan Citra Peribahasa akan sentiasa terpahat dalam ingatan mereka sehingga mereka dewasa. Sekurang-kurangnya namaku tetap diingat orang biarpun aku tiada lagi di dunia ini.....Selamat tinggal ruangan kesayanganku .... CITRA PERIBAHASA , Majalah Kuntum (Januari 2011 - November / Disember 2013)

No comments:

Post a Comment