Sunday, December 8, 2013

Foto-Foto Kenangan Disember 2013

.....Ini foto ketika aku menghadiri mesyuarat JK Pengurusan Balapan dan Padang MSSM, Hotel Fuller Alor Setar. pada 2 Disember 2013 jam 9.00 - 2.30 petang. Kejohanan berkenaan akan diadakan pada 1 - 7 Mei tahun 2014. Kos penganjuran jutaan ringgit. Ini kali kedua aku terlibat secara langsung dalam pengelolaan event peringkat tinggi. Pada bulan Oktober lepas aku dan sekolah terlibat dalam jawatankuasa pendaftaran dan semakan dokumen dalam Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Malaysia (SPTS) . Sangat mencabar fizikal dan minda nak menguruskan tugas itu di empat buah hotel penginapan atlet . Tapi tugas jadi ringan kerana cikgu-cikgu yang kupilih khas untuk jawatankuasa berkenaan membantuku menyelesaikan tugasan itu. Kami bertugas dari jam 12 tgh sampai 11.30 malam. Dalam tugasan terkini sekolahku ditugaskan dalam bahagian sambutan vip dan vvip. Nak sambut menteri pelajaran dan menteri pelajaran 2 sebagai vvip dan lain-lain vip. Agak mencabar tapi rasanya boleh kuselesaikan dengan baik. Waktu aku bentangkan strategi pelaksanaan dan budget, pengarah JPN En Mansor Lat setuju saja cuma katanya kalau ada ruang bolehlah ditambah sedikit persembahan semasa VVIP tiba di Stadium Darulaman dan semasa jamuan negeri di Seri Mentalon. Aku jawab ok saja dan akan difikirkan kerana masa masih ada. Itulah pengalaman pertama bermesyuarat bersama dengan pengarah pelajaran negeri. Sebenarnya mesyuarat ini tidaklah begitu mencabar kerana aku pernah terlibat dalam event lebih besar iaitu ketika menyertai Kuiz Kenegaraan Peringkat Kebangsaan bersama 2 lagi sahabatku .... Sadli dan Saifuddin di Maktab Perguruan Batu Pahat pada tahun 2001. Kami mewakili negeri Kedah dan dapat masuk akhir bersama Negeri Sembilan dan Sabah. Itulah kali pertama mukaku di `touch-up' oleh juru mekap RTM kerana ada lintas langsung TV1 dan rakaman. Suasana masa tu sangat mendebarkan kerana kami langsung tak tidur semalaman kerana berlatih dan menghafal fakta. Semua ada 13 bidang perlu dikuasai. Nota dan buku rujukan berlambak-lambak. Tapi dengan penuh tabah kami dapat mengharungi pertandingan yang getir itu dan dengan izin Allah kami jadi juara kebangsaan waktu tu. Dapat piala pusingan, piala iringan dan hadiah wang tunai RM5000.00. Itulah pengalaman terhebat dalam hidupku di peringkat tinggi. Dan aku percaya disebabkan pengalaman sebegitu membuatkan aku tak kisah dan tak takut untuk menghadapi apa-apa saja event peringkat tinggi....InsyaAllah..

Ini paparan pada skrin semasa mesyuarat berlangsung. Pembentangan hanya berdasarkan paparan yang disediakan oleh JPN. Maklumat diemel lebih awak ke JPN

.....Ini foto suasana banjir yang sempat kuambil ketika melalui Kg Pulau Rusa Hilir , Kuala Terengganu pada minggu lepas... seronok budak-budan bermain air di depan halaman rumah...

......Hanim Hartini di hadapan gerai menjual kuih muih di Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu. Hujan lebat kat luar pasar...


Gambar Arisya Nabila sedang mendukung adiknya Aina Najihah di Kuala Terengganu Disember 2013. Aadik nak sama besar dengan kakak...
....Gambar Arisya Nabila lepas bersiap untuk pergi makan kenduri di Kuala Terengganu. Ini ketika masih kat dalam bilik rumah pusaka kami...

.....Mizah, Umi, Jie , Hanim, Arisya Nabila dan Aina Nabihah bersama Acik Mohsin waktu menghantar Acik ke rumah pengantin perempuan di Kg Teluk Pasu Kuala Terengganu. Hujan renyai-renyai waktu ini. Anak saudara kami ni kontraktor besar di Kuala Lumpur. Duit banyak tapi sangat baik dan pemurah orangnya... sebab tu kami sekeluarga balik membantu habis habisan majlis kahwinnya. Nampak Acik sangat terharu dengan bantuan kami terutama Mokcik Yahnya yang menguruskan hal-hal bilik pengantin dan jamuan makan pengantin. Aku dan anak-anak lain membantu di tempat memasak dan khemah jamuan.




No comments:

Post a Comment