Sunday, December 8, 2013

CATATAN DINIHARI 8 DISEMBER 2013

Pagi ini ketika aku mula menulis ini jam pada laptop menunjukkan pukul 2.01 pagi. Aku kini berada di sebuah hotel di Pulau Pinang. Sebenarnya kami tiba dari Kuala Terengganu di Penang lebih kurang jam 6.00 petang.Umi ambil Hotel Golden Nasmir kerana kami akan menginap di hotel ini malam ini. Setelah membawa barang-2 naik ke bilik 202 aku terus turun ke bawah dan bersama Hanis dengan Viva Elitenya berlegar-legar mencari kedai tayar yang jual tayar jenis Silverstone. Akhirnya jumpa dan menukar tayar hadapan kerana menggelembung. Aku agak hairan kerana kereta baru 2 bulan dibeli tapi tayar sudah menggelembung. Tapi tak kisahlah... tukar saja , dah nak rosak nak buat macam mana. Tersenyum anakku Hanis bila aku keluarkan separuh harga tayar. Itulah anak-anak tak tau yang abahnya ini sayangkan dia ni...

Lepas solat maghrib kami turun ke bawah dan makan di sebuah restoran tomyam. Ok jugalah makanannya... harga pun standard kedai tomyam la... Lepas makan balik ke bilik. TV walaupun ada Astro tapi takda rancangan menarik. Terus aku terlelap. dan inilah... sekarang ni aku terjaga. Sebentar tadi aku sempat membaca beberapa muka surat sebuah buku. Dapat mengutip beberapa mutiara daripada kandungan buku. Jarang dapat kembali membaca begini. Setelah ada peluang bercuti dan ada sedikit masa terluang begini untuk hobi membaca... terasa hati melonjak-lonjak gembira untuk terus membaca. Apapun sekarang ni bahan bacaan perlu dipilih dan berfokus kerana kesuntukan masa.....

No comments:

Post a Comment