Thursday, December 5, 2013

Kembali di Kuala Terengganu

Pagi tadi jam 8.20 pagi aku sampai semula di Kuala Terenggau untuk kali kedua dalam masa seminggu. Naik bas Shamisya Travel. Duduk dekat tayar belakang . melambung-lambung sepanjang malam. Sampai di stesen bas kuala terengganu umi dan hanim sambut. Kuala Terengganu diambang banjir.... Pergi sarapan di Chabang Tiga. Makan roti canai saja. Hujan tak henti-henti. Lepas tu terus ke Pulau Rusa . Lepas tu bersama Jie ke Kubang Tangga kerana suatu urusan penting. Tengahari balik ke rumah pusaka. Solat dan makan tengahari. Menu ringkas sahaja ... ikan aye singgang, kacang bendi rebus cicah budu.. . Lepas makan bawa cucu Arisya Nabila demam... aku dan umi saja bawa Arisya ke Pusat Kesihatan Intan tak jauh dari rumah. Nampak lepas sedut gas dan makan ubat arisya dah ok. Sampai rumah aku tidur saja kerana tak berapa sihat. Sebelum maghrib aku bersama Jie ke pejabat Jie tinggal untuk berjumpa rakan-rakannya. Dan kini aku di rumah pejabat ni ... ramai, ada dalam 14 orang.

No comments:

Post a Comment