Lama tak menjenguk Diarucikguzan.blogspot.com ini. Namun blog diaryku ini tetap meriah nampaknya kerana pengunjungnya dah mencapai 3673 (siapa ya pengunjung blog diary yang tak seberapa ini?... walau siapapun anda.... terima kasihlah) Tapi maaflah kerana aku tak buka blog ini untuk komen kerana say aku masih berpegang kepada prinsip asal aku buat blog ini. Ianya bersifat peribadi dan sejarah diri. Blog diary ini adalah khazanah sejarah diri dan keluargaku yang akan ditatap semula oleh anak cucu, sedara mara, sahabat handai, kenalan jauh dan dekat dan lain-lain.... petang ni aku hanya dapat mencatat yang di atas tu saja... masih sangat sibuk....
Banyak peristiwa besar berlaku dalam hidupku sepanjang sebulan lebih aku tak mencatat di ruang maya ini. Nanti bila kelapangan mendatang aku akan catatkan juga di ruang ini....
No comments:
Post a Comment