Pagi ini lepas solat Subuh aku duduk sekejap di ruang tamu rumahku ini. Membuka dan buat keputusan untuk menulis sesuatu di ruang ini. Malam tadi tidur sekitar jam 12.30 tgh malam. Sebelum tu aku dan grup pengurusan sekolahku termasuk pengetua berdiskusi melalui whatsapp. Ada perkara penting yang nak diputuskan. Satu perkara tu berjaya diselesaikan tapi satu perkara besar lagi masih tergantung... ini semua berkaitan kerja buat di sekolah. Itulah dia kecanggihan dan perkembangan teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya.
Pagi ni ... sekejap lagi aku perlu bergegas ke pavilion padang sekolahku kerana ada acara besar yang aku dan anak buahku uruskan iaitu seperti tajuk di atas. Hari ni dan esok kejohanan tu berlangsung. Ini tahun ketiga kami anjurkan kejohanan itu. Tahun ni agak besar kerana melibatkan sampai 24 pasukan dari seluruh negara.
Hari ni juga ada mak ayah buat kenduri kesyukuran kat kampung. Baru pagi kemarin mak telefon beritahu nak buat kenduri. Mak ayah memang macam tu, nak buat kenduri bukan rancang apa-apa, buat macam tu saja. Tak apalah.... umi , man dan hanim sajalah balik dulu pagi ni. Aku tak dapat nak balik pagi ni kerana ada urusan di sekolah. Hanis pula balik dari tempat kerjanya di Penang sebelah petang. Mungkin nanti petang saja aku balik dengan Hanis ke kampung. Tu pun nak kena pastikan kej ragbi berjalan elok kerana untuk game hari pertama biasanya jam 7.00 malam baru selesai.
Esok hari Ahad lagi sibuk. Pagi aku kena ke sekolah . Mungkin ada perhimpunan rasmi kerana esok PMR break sekejap. Nak pastikan penyampaian hadiah tarian kerana pasukan tarian sekolahku jadi naib johan daerah. Nak kena bagi penghargaan kepada budak-budak yang dah harumkan nama sekolah. Lepas tu nak kena pastikan kej ragbi berjalan dgn baik. Lepas tu kena ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana umi buat operation sikit. Ianya berkaitan saraf belakangnya. Ptg pukul 2.15 ada mesyuarat pnting libatkan semua guru. Pukul 5.30 macam tu majlis penutup ragbi. Majlis ni sangat penting dan sedikit merisaukan. Mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusanku.... amin ya Rabbbal Alamin...
No comments:
Post a Comment