1. Hari Selasa, 28 Ramadan / 6 Ogos. Waktu aku mula menulis, jam pada ltop menunjukkan pukul 7.56 pagi. Pagi ini ada kelapangan sikit. Di luar rumah hujan renyai-renyai. Aku ada kerja di tepi rumah yang nak dibuat tetapi ditangguhkan kerana hujan, Jadinya, aku ada masa sikit untuk menghadap laptop. Kelmarin sangat sibuk, hari ini pula lapang.... itulah kehidupanku akhir-akhir ini. sibuk dan lapang bersilih ganti. Agaknya kerana komitmen makin bertambah. Namun apapun...secara umumnya aku masih lagi aku walaupun terkadang diburu dan diulit perlbagai asam garam kehidupan....
................................................................................................................................................................
Kuabadikan di sini gambar banner banner ucapan selamat hari raya pengurusan sekolahku untuk seluruh warga sekolah.
................................................................................................................................................................
2. Sebelah petang hari ini kami sekeluarga akan balik berbuka puasa di kampungku. Tentu ramai petang ini kerana adik-adik yang tinggal jauh dah kembali untuk beraya di kampung. Tentu mak ayah gembira kali ini kerana semua anak menantu, cucu dan cicit ada beraya sekali. Aku sekeluarga hanya akan pulang ke Kuala Terengganu pada raya kedua. Masa untuk bertolak belum pasti lagi. Semua anak akan iut kecuali Hamizah kerana dia dah sarat sangat dah dan due datenya pun hujung bulan ni.... kami balik ni banyak hari juga kerana ada majlis kenduri perkehwinan anak Abang Ali... lepas majlis pertunangan anak Kak Esah. Semuanya nak kena raikan kerana waktu aku buat majlis kahwain anakku Hamizah tempo hari 10 keluarga dari Terengganu datang berkampung... sampai aku dan umi sewakan 10 bilik hotel untuk mereka semua. Itulah adatnya.... orang berbudi kita berbahasa....
..................................................................................................................................................................
Gambar ini kuambil dalam bulan puasa ni juga. Ini pokok dan buah Asam Gelugur. Pokok ni ada kat dusun belakang rumahku / mak ayah. Dah lama sebenarnya pokok ni mak tanam. Aku yang tak perasan. Tu lah dia... hebatnya mak ayah. Segala jenis pokok ditanam keliling rumah. Bila dah berbuah baru aku perasan. Terasa aku ni kerdil berbanding mak ayah.... terasa dingin sangat berehat basah pokok Gelugur ni. Tu nama Gelugur dan Tasik Gelugur di Pulau pinang tu ambil sempena pokok inilah....
................................................................................................................................................................
3. Aku berhenti sekejap... hujan sudah reda, ada kerja yang nak dibuat di tepi rumah dan juga nak sediakan ruang dekat dining hall rumahku untuk persediaan anakku Hamizah dalam pantang nanti. Bukan apa, balik beraya di Terengganu banyak hari juga. Takut balik nanti tak sempat nak sediakan ruang tu. Banyak juga barang yang nak dipilih buang dan disusun. Kebanyakannya pun barang-barang bertukang aku la tu. Semua orang dalam rumahku menang tak berani nak usik barang-barang tu semua.... dah bagi amaran dah.... ``barang-barang abah jangan dok usik, nanti abah nak guna cari tak jumpa," tulah pasal... sesekali nak mengemas.... abah yang letih.... padan muka abah.....nanti saja sambung halaman diary ini.... stop...
...............................................................................................................................................................

No comments:
Post a Comment