Saturday, August 3, 2013

Catatan Pagi Sabtu 3 Ogos 2013 Bersamaan 25 Ramadan 1434.

1. Waktu aku menaip diary ini jam pada screen laptopku menunjukkan jam 8.29 pagi. Aku ada kelapangan sikit pagi ini, kebetulan tangan dan minda pun masih selesa untuk mencatat sesuatu dalam diary peribadiku ini. Sebenarnya aku baru saja selesai menyiapkan cerpen untuk ruangan Citra Peribahasa majalah KUNTUM untuk edisi September 2013. Baru sahaja diemelkan kepada editor. Letih juga menulis dalam bualn puasa. Tapi Alhamdulillah aku dapat juga menyelesaikan komitmenku seperti kehendak Cik Salina, Editor Kuntum. Cuma untuk keluaran September aku terpaksa mengejar dan dikejar waktu dan kesempatan untuk menulis. Aku berdoa aku akan dapat meneruskan komitmen untuk ruangan tetapku ini. Terkadang memang rasa macam tak mampu lagi untuk menulis tapi kugagahkan juga demi memastikan kelangsungan bakat dan jiwa seorang penulis. Sebenarnya pun tak ramai orang yang mengetahui siapakah Azizan Abdul Kadir si penulis ini... kerana jarang aku memberitahu orang aku ni penulis. Biarkan sahaja begitu.... tak kisahpun. Masih kuingat karya pertamaku muncul dalam akhbar mingguan waktu tu aku berusia 19 tahun. Seronok bukan main melihat tulisan sendiri terbit kat akhbar.... tak perasan pun tulisanku banyak dipotong dan ditokok tambah oleh editor akhbar tu.... Masih kuingat lagi waktu aku menulis tu guna sebuah mesin taip terpakai.... menaip waktu malam berlampu pelita minyak tanah kerana kampungku yang jauh terpencil belum ada elektrik masa tu..... tulah dia.... sampai ke hari ini aku masih menulis walaupun kini hanya menulis cerpen untuk majalah kanak-kanak seklah rendah.... asal saja jiwa penulis masih mendarah daging dalam diri.....
Catatan: Gambar catatan tanganku ini dimasukkan kemudian. Memang aku mahu abadikan catatan tangan ini untuk kenang-kenangan. Inilah dia biasanya catatan yang kubuat ketika nak menulis sesuatu cerpen peribahasa.. Ini untuk cerpen Kuntum September 2013. Buruknya tulisan tanganku. Tak pasti orang lain boleh ke tidak membacanya.....
_____________________________________________________________________________
2. Hari ni Sabtu, hari kedua cuti sekolah selama 16 hari. Tinggal lagi 5 hari puasa. Cadang tu Raya Pertama dan Kedua beraya di Kedah dan Raya Ketiga sudah ada di Terengganu. Kami akan ke Terengganu dengan Exora mungkin bertolak malam Raya Kedua. Raya ke Empat ada kenduri kahwin kat rumah abang iparku Ali. Sibuklah hari tu. Biasanya aku akan bantu kerja-kerja memasak. Menu kenduri kahwin di Terengganu sangat simple iaitu nasi tomato,  kari daging dengan kentang.... masak daging goreng kalau ayam... masak merah dan acar. Buah... tembikai atau pisang.... itu saja. Kebanyakan rumah kenduri itulah dia menunya. Bagi peminat kari daging pasti puas hati sangat dengan kari daging Terengganu tapi kalau ada macam-macam penyakit elok toksah makan..... 
Raya tahun ni nampaknya macam biasa sahaja. Kebetulan umi pun tak berapa sihat. Aku? macam biasa sahaja .... bulan puasa kerja macam biasa malah sibuknya melebihi bulan lain kerana banyak program khas sempena Ramadan. Kini dah cuti.... ingat nak berehat sikit... beri peluang pada badan minda untuk berekat sekejap kerana lepas cuti banyak acara besar sekolah perlu aku jadi tokey besar. Antaranya, acara tahunan Kejohanan Ragbi Starian Peringkat Kebangsaan. Ini acara sekolah , pengetua baru pula mahu sehingga 24 pasukan seluruh Malaysia ambil bahagian. Berat ni..... Memanglah ikut pengalaman lepas, tak susah mana nak anjur kejohanan ragbi kerana ini sukan `sporting' tapi persediaan rapi penting untuk perkara luar jangka dan protokol majlis. Nak penuhkan kehendak semua orang bukan senang. Kedua aku perlu adakan Perkhemahan Perdana Unit Uniform. Belanjanya agak besar kalau kena ambil fasi luar. Kertas konsep aku akan cuba buat masa cuti inilah... Paling besar ialah Hari STAR / Hari Keusahawanan. Target boleh kumpul dana rm15k. Itu kpi aku tu... pengetua belum tahu lagi. Cuti peristiwa pun dah habis, tak pasti kalau buat pada hari Sabtu.... cuti tu... boleh capai KPI ?. Takpa.... Cikgu Zan cool saja ok..... tulah dia... Ya Allah Ya Tuhanku, kupohonkan kepadaMu berilah kesihatan yang baik kepadaku agar dapat menguruskan keluargaku dan kerja hakikiku dengan baik. ......
________________________________________________________________________________
3.   Aku ingin catatkan di sini sebagai rekod peribadi.... saat ini aku bersykur sangat kerana 3 orang anakku sudah tamat belajar . Maknanya dah 3 orang anakku ada ijazah dari IPTA. Mizah belum kerja dan bakal agi aku dan umi cucu kedua hujung bulan ini InstaAllah, lepas pantang nanti dia akan cari kerja sesuai dengan kelulusannya. Hamizi sengaja kami tak lepaskan bekerja di KL. Nak cuba kat kawasan utara ni dulu. Sambil tunggu transkrip ijazah dia kerana result rasmi UniMap belum keluar. Hanis dah dapat result USM, dia dapat PNGK 3.56. Dah dapat kerja sebagai Chemist kat sebuah firma analisis kimia di Seberang Perai, 1 September mula kerja. Ni dok tengah berkira-kira nak belikan sebuah kereta baru untuk dia... Man teruskan saja di USM. Hanim kat Asma.... pelajaran ok juga. tulah dia hal anak-anak. Rasa lega sangat 3 orang dah selesai belajar secara rasmi. Dapatlah aku dan umi berkira-kira untuk travel oversea ... dah sampai masa nak melihat dunia selepas sejak berkahwin .... berhempas pulas memastikan anak-anak pendapat peluang pendidikan terbaik.... dah lebih masa mencatat ni... ada kerja lain perlu kuuruskan.... stop.....

No comments:

Post a Comment