...........
2. Aku kembali menulis dalam bahagian kedua ini.... jam pada skrin laptop menunjukkan jam 3.49. Aku baru selesai solat Zohor di bilik belakang. Akhirnya dengan kerahan tenaga seluruh ahli keluargaku yang ada kat rumah hari ni, selesai 2 buah bilik kat bahagian belakang rumah dikemas dan boleh digu nakan semula. Bilik belakang hujung dikeluarkan katil ke ruang tengah rumah untuk persediaan kakak (anakku Hamizah) dalam pantang nanti. Jadinya bilik belakang hujung tu kosong, dihampar tikar buluh dan dijadikan Bilik Solat keluarga dan tetamu. Bilik belakang tengah ada satu katil bujang juga dihampat tikar buluh dan ada ampaian fleksibel untuk sidai pakaian dalam rumah. Jadinya bilik ni serbaguna... tempat solat, tempat sidai pakaian dan bilik tetamu. Untuk sementara untuk kegunaan kakak, suaminya dan cucuku... sementara kakak dalam pantang nanti.
Sebenarnya tadi aku ke sekolah sekejap. Adalah... bawa sedikit kuih raya, keropok Terengganu, minuman botol berais untuk staf kat pejabat sekolahku. Bukan seronok mereka mengerumuniku dan ucapkan terima kasih kepadaku kerana membawa makanan dan minuman untuk mereka. Ada 14 orang ditambah pekerja swasta, aku anggarkan 20 orang kat sekolah hari ni ke `rumah terbukaku' di pejabat sekolah. Lepas beramah mesra sekejap aku tinggalkan mereka untuk ke bilik kerjaku. Meneliti surat siaran dan satu dua kerja lagi.... mengesahkan sijil tetamu.... dan fax satu borang ke Majlis Bandaraya Alor Setar. Itu berkenaan jemputan ke Majlis Perasmian UTC Alor Setar oleh PM. Esok aku akan wakil pengetua ke majlis tu. Tak tau masa mana aku boleh ruangkan masa esok kerana esok juga ada majlis `Bara'an' beberapa orang cikgu sekolahku termasuk rumah Pengetua. Memang jadual esok penuh.....
No comments:
Post a Comment