Wednesday, July 17, 2013

Sepanjang Jalan Kenangan..

Gambarku ketika zaman muda-muda dulu... zaman maktab perguruan. umur dalam 22 tahun macam tu...

.Gambar kenangan ketika tahun terakhir di sekolah lama.... bersama pengawas pusat sumber....
......Gambar kenangan Mac 2013... mengerjakan umrah .. ini ketika melawat ladang unta berhampiran Kota Mekah. Unta adalah binatang ajaib ciptaan Allah. Habitatnya di padang pasir yang tandus namun si unta tahan dan sihat seolah-olah kepanasan dan ketandusan tidak langsung menjejaskan semangatnya untuk terus hidup. Aku lihat sang unta bersyukur dan menerima sahaja ketentuan Ilahi.... terima kasih kepada sang unta padang pasir kerana mengizinkan aku minum susumu. rasanya enak...segar dan menyegarkan... sesegar kamu sang unta di tengah panas terik padang pasir....
.....Gambar atas dari kiri ayah, Ani (adikku), aku... mak , Liza(adikku) dan Umi.. kenangan yang sangat memberi makna.... sekali seumur hidup dapat bersama begini di tanah suci....
 .......Kembara ke Bandung, Indonesia April 2013. Bandung kota indah dan metropolitan. Penuh kerencaman hidup dengan kepelbagaian lanskap kehidupan. Mudah-mudahan aku dapat berkunjung lagi ke Bandung...
  .....Ini suasana di tempat membeli belah terkenal Pasar Baru , Kota Bandung. Aku kagum dengan ketinggian budi bahasa orang-orang Bandung. Kelembutan bahasa dan keindahan budaya orang Bandung seakan menggamitku untuk pergi lagi ke sana......
.....
Gambar ini ketika aku mewakili pengetua menghadiri Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Seberang Perak. Di hadapanku Guru Besar Cikgu Wan, Tuan PPD Hj Sofaruddin dan Pengerusi PIBG sekolah tu. Di sebelahku Guru Besar SK Gerigis, Alor Setar. Majlis ini mengembalikan nostalgiaku ketika mengajar di sekolah rendah selama 12 tahun....
.......

Kenangan zaman maktab perguruan. Disebelahku Khir Johari (sekarang mengajar di Perlis) di belakangku Azizi Awang (sekarang mengjar di Tanah Merah Kelantan)Ni antara kawan baikku di maktab. Kalau tak silap gambar ini telah tersiar bersama rencanaku tentang kehidupan di kampus maktab perguruan dalam sebuah majalah (Sarina) sekitar tahun 1984 dulu. Aku tak pasti apakah majalah tu masih dalam simpananku...
......

No comments:

Post a Comment