Malam ni aku, Umi... Hanis dan Hanim berbuka puasa di kampung kelahiranku. Kami singgah di Pekan Kubur Panjang untuk membeli juadah berbuka. Agak pelik Ramadan kali ini kerana pengunjung Bazar Ramadan Kubur Panjang agak berkurangan tak seperti tahun-tahun lepas. Kami membeli apa yang patut dan terus menuju kampung. Sampai di kampung macam biasa aku terus berkeliling dusun di sekeliling rumah. Banyak pokok buah-buahan sedang lebat berbuah. Dokong, rambutan, manggis, cempedak, dan rambai sudah masak. Paling mengejutkanku durian berbuah untuk pertama kali... dapatkan aku merasa seulas durian yang pertama kali berbuah....
Kebetulan keluarga adik perempuanku Noraini juga balik berbuka di kampung. Memang meriah malam ini. Lepas berbuka ... berehat sekejap .. berterawih di surau depan rumah. Ayah yang jadi imam. Ayah masih kuat walaupun dah berusia.... ayah jadi imam sanggup buat 20 rakaat... tapi aku dan adik iparku Mat Zal cuma buat 8 rakaat sahaja. Memang keletihan malam ni. Siang tadi di tempat kerja banyak sungguh urusan. ... cukup setakat itu coretan malam di kampung....
No comments:
Post a Comment