Aku masih belum tidur ketika ini. Sebenarnya tadi aku memerah otak menyediakan kertas konsep untuk suatu program berkaitan bidang tugasku di tempat kerja. Agak besar program tu. Kertas konsep belum siap sepenuhnya kerana perlu perbincangan lanjut dengan beberapa orang guru. Kekadang orang luar tidak memahami bidang tugas pendidik. Banyak urusan dan pelbagai sifatnya..... Tidak mengapa orang tak faham asalkan aku dapat bekerja dengan jujur dan ikhlas. InsyaAllah... yang lain-lain kuserahkan kepada Allah Taala untuk menentukannya...
Ingin kucatatkan di sini ... aku baru terjumpa satu buku yang dah lama kubeli tapi belum sempat membacanya... How To Win Friends & Influence People...tulisan Dale Carnegie... Nampaknya teringin sangat nak membaca buku ini dan mengutip intipatinya untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Meneliti kata pengantar pengarangnya.... sangat menarik. Persoalannya bilakah aku ada kesempatan untuk membaca buku penting sebegini? Teringat kata seorang penulis terkenal (tak ingat siapa dia)... tak mungkin kita tak dapat mencari waktu terluang untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk membaca buat menambah ilmu pada hal kita ada masa 24 jam sehari... dan masa sepanjang itu pula percuma tanpa bayaran... so .... InsyaAllah sehari dua ini akau kucuba membaca buku penting ini di samping meningkatkan ibadah sepanjang bulan ramadan ini. Setakat ini aku berhenti....
No comments:
Post a Comment