14 Julai, Ahad, bersamaan 5 Ramadan. Bermakna sudah 5 hari berpuasa. Awal Ramadan iaitu hari pertama puasa aku , Umi, Hanim dan Hanis aku pulang ke Kuala Terengganu. Letih juga bawa kereta dalam jarak jauh pada hari pertama puasa. Mujur Umi juga boleh bergilir driving. Kami rehat kat Pantai Penarik . Sempat juga aku terlelap kat atas wakaf kerana diulit angin pantai dari Laut China Selatan. Nyaman sungguh ketika itu. Lepas tu kami teruskan perjalanan dan singgah di Pekan Batu Enam. Waktu tu dah jam 3.30 lebih kurang. Beli juadah berbuka. Paling mengejutkan bila kami membeli ayang golek / panggang... harganya RM23.00... mak ai... maha..nye ayohcik... kat Alor Setar, paling mahal pun cuma RM18.00 saja. Beli juga la... ada juga Umi dan anak-anak beli kuih muih Memang meriah suasana hari pertama Bazar Ramadan di Pekan Batu Enam Terengganu...
....
Berhenti rehat di Pantai Penarik
Suasana di Bazar Ramadan Batu Enam...
Stesen bas utama Kuala Terengganu. Di tingkat atas stesen bas ini letaknya kedai pakaian adik iparku.
Kesibukan di Bazar Ramadan Pekan Manir, Kuala Terengganu....
Rumah pusaka peninggalan ibu bapa umi. Sekarang hanya didiami Kak Zah, Ismail, isterinya Yati dan anak mereka Hadi... Kalau keluargaku pulang barulah rumah ini kembali meriah......Berhenti rehat di Pantai Penarik
Suasana di Bazar Ramadan Batu Enam...
Stesen bas utama Kuala Terengganu. Di tingkat atas stesen bas ini letaknya kedai pakaian adik iparku.
Kesibukan di Bazar Ramadan Pekan Manir, Kuala Terengganu....
.....
Kami balik ke Terengganu ada beberapa tujuan. Yang utamanya kerana nak jenguk Kak Zah yang baru keluar dari hospital. Kedua nak berpuasa dan berbuka dengan Kak Zah. Memang tercapai hajat tu semua. Hari mula sampai terus ke Alor Limbat, Bukit Payung kerana Kak Zah ada kat rumah adik iparku Sah dan suaminya Saad. Kami berbuka puasa kat situ. Malam tu juga balik ke Pulau Rusa. Khamis pagi berehat saja... petang ke bazar Ramadan Manir. Meriah kat situ. Macam-macam jenis juadah ada kat situ. Paling baru ialah ayam panggang dalam tempayan.... berbuka puasa kat rumah pusaka di Pulau Rusa. Adik Iparku Ismail dan Yati pun ada sekali. Berterawih di surau Pulau Rusa. Tak ramai jemaah kerana ramai agaknya pergi ke masjid berdekatan. Jumaat pagi lepas sahur dan solat subuh kami sudah bertolak pulang ke Alor Setar. Aku sorang saja memandu. Jam 12.30 tgh dah sampai ke rumah. Aku dapat solat Jumaat di Masjid Tanjung Bendahara. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untukku berjalan jauh dan selamat sampai balik ke rumah.
No comments:
Post a Comment