Hari ni Isnin 17 Jun 2013. Sekarang ni aku mencatat diary di balkoni rumahku. Angin bertiup agak kuat kat tingkat atas rumahku ini. Langit cerah petang ni, tak macam petang-petang sebelum ni.... hujan lebat. Dalam hati aku berdoa juga mudah-mudahan sehari dua ini hujan berhenti rehat sekejap supaya program sukan sekolahku dapat dijalankan. Namun manusia sekadar berdoa, hanya Allah yang maha berkuasa menentukan.
Hari ni masuk hari kedua aku mendapat pengetua baharu. Hj Turin namanya, Timbalan PPD Kota Setar. Aku teruja menerima pengetua baharu dan aku akan cubalah menjadi pembantu yang baik kepada beliau. Selamat bersara Pn. Ramlah Mohd Hussain. Pada 9 Jun baru-baru ini tamatlah perkhidmatan beliau sebagai pengetua dan pendidik. Banyak yang aku dapat belajar dari Pn. Ramlah biarpun kami bekerja bersama tak lama. Banyak nilai-nilai kepimpinan yang aku belajar dari dia. Aku masih ingat kegigihan Pn Ramlah bekerja. Sangat hebat orangnya. Apa boleh buat, hanya setakat itu tempoh masa yang ada. Aku harap beliau bahagia dengan dunia persaraannya. Kalau Pn. Ramlah terbaca coretanku ini.... ingin kukalungkan penghargaan atas semua yang kupelajari daripada beliau sama ada beliau sedar atau pun tidak. Aku akan cuba jadi sekuat beliau dalam menempuhi baki usia perkhidmatanku sebagai guru....
Kenangan Bersama Puan Ramlah dan En Kosim Semasa Program Integrasi di Kem Paya Pahlawan Baru-baru Ini..... bukti keperihatinan Pn. Ramlah terhadap pelajar....
No comments:
Post a Comment