Tuesday, June 11, 2013

HARI YANG SIBUK- BANYAK URUSAN..

Hari ini Selasa 11 Jun 2013... aku kerja macam biasa. Hari ketiga bekerja semula setelah bercuti dua minggu. Pagi ke tempat kerja. Waktu perhimpunan pagi aku memberi taklimat kepada 1300 orang pelajar dan hampir 100 orang guru berkaitan sukan tahunan. Panjang juga aku bercakap. Harapanku mereka semua fahamlah kerana aku menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas sahaja. Lepas tu aku uruskan mencetak bahan untuk diedarkan kepada semua guru semasa mesyuarat petang nanti. Lepas tu aku balik ke rumah kerana membawa umi ke klinik .. umi kurang sihat. Ramai pula orang kat poliklinik tu. Hampir jam 12 tgh baru selesai di klinik. Balik ke rumah hantar umi dan terus ke tempat kerja semula. Uruskan dua tiga surat edaran kepada guru-guru berkenaan. Meronda kawasan sekolah sekejap dan terus ke bilik meneliti perkara untuk mesyuarat . Buka bilik mesyuarat, pasang pendingin hawa... naik semula ke atas bilik kerjaku. Melayan seorang dua tetamu ... sorang tu konsultan daripada pusat motivasi. Aku minta tinggalkan profil. Lepas tu bekas pelajar datang minta pengesahan sijil. Nak kena melayan juga kerana waktu sekolah dulu baik juga budaknya... Pukul 2.00 ptg aku turun ke bilik mesyuarat. Cikgu-cikgu semua dah tunggu. Tepat jam 2.15 terus aku mulakan taklimat. Hampir setengah jam juga sekali dengan soal jawab. Selesai taklimat aku tutup majlis dan selesai sesi taklimat. Ringkas sahaja. Naik semula ke ruang kerja, kemas beg terus pulang ke rumah kerana umi sakit kat rumah. Sampai rumah, umi dah ambik Hanim dari SK Sultanah Asma. Nampak umi dah sihat sikit. Solat dan minum kopi. Tak makan tengah hari kerana nak diet kononnya. Hari ini kira dietlah tu. Duduk kerusi malas kat ruang tamu, tengok tv... ada juga la program menarik... akhirnya macam biasa... tv tengok kita la... terjaga hampir pukul 6.00 petang.... jarang aku tidur petang lama macam ini.... keletihan kerana berjalan jauh agaknya... maklumlah dalam masa dua minggu cuti... aku ke Indonesia, program padat 4 hari, bawa barang berat lagi.... lepas tu tak sempat nak rehat... terus balik ke terengganu kerana urusan keluarga. Sabtu petang baru sampai balik rumah dalam keadaan demam dan batuk... Ahad dah kerja balik sampai hari ni.... tulah dia.... catatanku untuk diary ini. .... aduh... letihnya minda dan fizikal.... Ya Allah ya Tuhanku... berilah aku kekuatan bagi meneruskan kehidupan ini.... Amin Ya Rabbal Alamin....

No comments:

Post a Comment