Sunday, June 9, 2013

PETANG AHAD YANG DINGIN

Petang ini, Ahad 9.6.2013 ... sekarang ni jam kat screen laptop ini menunjukkan jam 5.43 petang. Baru sahaja sudah makan ketupat sotong. Aku menaip ni di ruang tamu rumahku. Aku mencatat ini sekadar bersantai sahaja sementara membiarkan mindaku memainkan  watak budak-budak Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok sebebas-bebasnya.... ha ha ha sebenarnya aku masih belum siapkan cerpen peribahasaku untuk majalah Kuntum. Sepatutnya 7 hb lagi aku kena emel kepada Cik Salina di Kuntum. Tulah dia... dah tua-tua... dalam sibuk banyak kerja pun masih nak jadi penulis.... padan muka kamu Azizan Abdul Kadir.... takpa.... biasalah tu kan.... malam ni siaplah cerpen tu.... peribahasa yang dah kupilih ....`sepakat kita kuat, berpecah kita rebah'.... seperkara ingin kucatatkan di sini..... biasanya manuskrip yang kuhantar ke Kuntum keluar tanpa banyak diedit oleh editor... jadi aku perlu menulis dengan hati-hati supaya tak ada kesilapan...tu pasal ambil masa nak tulis cerpen tu walaupun sekadar cerpen untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Hujan makin lebat kat luar rumah. Astro sudah kehilangan siaran. Namun bayaran bil tak pernah berkurang!
Hujan oh hujan .... turunlah lagi.... kerana sebenarnya aku tak berdaya menahanmu turun....... okay....aku tutup dulu halaman diary ini.... aku beralih ke Fail Citra Julai 2013 sebab budak-budak yang bernama Faiz, Atikah, Eswari dan Zahra bersama Cikgu Zamila diiringi Cikgu Fauzi sudah datang menjenguk di muka pintu mindaku..... siap melambai lagi depa tu semua.....minta disambut he he he.... stop!

No comments:

Post a Comment