Ini ruang kerjaku . Bilik ni kecil sahaja , lebih kurang 4m x 4m. Namun sudah cukup selesa untuk aku menjalankan tugas seharian. Aku tak pasti sampai bila aku akan berada di bilik ini. Semuanya tak pasti kerana aku mendengar khabar pada bulan Jun ini akan berlaku pertukaran pentadbir sekolah secara besar-besaran ekoran ramai pengetua akan bersara. Aku serahkan semuanya kepada Yang Maha Kuasa. Dan aku sudah tentu perlu bersedia untuk bergerak biarpun bilik kecil ini sudah cukup selesa bagiku.....
.....
.....
No comments:
Post a Comment