Pada pagi Jumaat 10 Mei 2013, aku Umi dan Hanim keluar sarapan pagi di Kopitiam berhampiran Bangunan Ukir Alor Setar, Aku makan nasi lemak lauk ikan keli goreng. Airnya pula teh tarik. Memang berselera makan pagi tu. Lepas tu kami jalan-jalan di Ukir Mall kerana kebetulan ada la di Karnival Usahawan. Orang boleh kata ramai juga. Riuh rendah dengan pengumuman demi pengumuman. Biasalah... expo macam tulah biasanya. Karnival tu nampak biasa sahaja kerana tak ada apa yang menarik perhatianku. Paling menarik pun ada sebuah gerai jualan buku. Sempat juga membelek satu dua buah buku tapi gagal menarik minatku untuk membeli. Kubiarkan Umi dan Hanim berjalan sesuka hati mereka. Aku menunggu mereka berhampiran kereta. Singgah minum kopi pula di Restoran Aminres yang letaknya di sebelah Kopitiam. Nak jadi cerita aku duduk berhadapan dengan tuanpunya restoran tu. Aku tak tau nama dia tapi dia seorang India Muslim. Kami berbual rancak dan dia mulakan topik pilihanraya. Topik ni aku tak berapa minat untuk berbual secara terbuka tapi kerana tauke restoran ni berminat sangat dengan topik tu maka aku aku ikut sajalah rentaknya. Aku kemukakan satu dua soalan cepu mas ... apa lagi berjela-jelalah ulasan dia. Nampak bernas juga pandangan dia. Aku terpegun juga kerana mamak ni berbeza dengan mamak-mamak yang lain kerana dia tahu semua perkembangan semasa... Pengajaran yang aku dapat ialah, jangan mudah membuat persepsi dan label kepada mana-mana golongan.... manusia yang kita nampak pada luarannya begitu begini rupanya tak semua akan bertingkah laku seperti yang kita sangkakan. Contohnya, mamak yang aku lawan bersembang tu... bukan hanya dok sibuk pasal bisnes dia semata-mata tetapi sangat educated dan sofistikated pemikirannya. Aku nampak... dalam dia tak berenti bercakap dan memberi pendapat... dalam matanya dapat kutelah bahawa dia punya harapan yang jauh lebih tinggi terhadap negara Malaysia impiannya... nampak pandangannya dan pandanganku hampir sama.... Malaysia yang bersifat universal impian kami masih jauh untuk menjadi kenyataan.....
.....
.....
No comments:
Post a Comment