Foto ini kuambil pada 9 Mei 2013, Petang Khamis lebih kurang jam 5.00 petang.Petang tu aku agak lapang. Setelah begitu sibuk di sekolah dengan kerja-kerja berkaitan bidang tugasku... minda agak lapang dan bila sampai di rumah... berehat sekejap , solat Asar terus bergegas ke tingkat atas rumah bersama laptop. Bersedia untuk menulis untuk ruangan tetapku dalam majalah Kuntum. Peribahasa dah dipilih, plot dah ada, watak sudah hidup dalam fikiran, pengajaran cerita sudah diterap...draf dah siap... tinggal nak menaip sahaja. Baru saja bermula..... langit gelap.... angin kuat....hujan rintik-rintik. Mulanya boleh lagi bertahan tapi hujan mula main kasar... lalu aku mengalah.... masuk ke ruang tamu tingkat atas... cerita tak dapat di siapkan, keesokannya (Jumaat) barulah cerpen tu siap dan diemelkan kepada editor. Inilah dia... manusia hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan segalanya..... apapun foto-foto yang kuambil, kuabadikan untuk kenang-kenangan dalam diary ini.... foto ni semua kuambil menggunakan hpku Nokia 3020....
Bersedia untuk menulis....
Laptop dah sedia... siap dengan kopi `o' cap Bee kegemaranku.....
Mendung berarak membawan awan kelabu... menandakan bumi akan bermandikan hujan....
Awan kelam membawa hujan lebat ..... akhinya manusia kerdil pasrah dengan kekuasaan Ilahi....
No comments:
Post a Comment