Hari ini Jumaat 3 Mei 2013. Waktu aku mula menaip ini jam menunjukkan pukul 7.32 pagi. Aku belum keluar rumah lagi. Tapi waktu aku menjenguk ke luar jendela bilik tidurku... jalan di hadapan rumahku banyak kesan air kerana malam tadi hujan lebat lebih kurang jam 11 malam dan rasanya waktu aku terlelap pun masih hujan. Memang kat luar tu nampak dingin. Dua tiga hari lepas cuaca agak panas. Tengahari semalam waktu aku mengaturkan persediaan tempat mengundi di sekolahku... memang panas sungguh. Kesian juga tengok rakan-rakan pekerja swasta sekolah mengangkat kerusi meja dan menyusun ikut kehendak SPR. Akhirnya selesai 7 saluran semuanya.
Hari ni cuti. Anak-anak akan balik penuh rumah sehari dua ini sempena cuti mengundi. Ada cadangan nak pergi bercuti ke mana-mana tempat peranginan. Aku tak kisah , ikut sahaja. Elok juga kalau pergi bercuti, ambil sempena cuti begini. Bukan apa... boleh rehatkan minda dan lupakan sekejap hal kerja. Tak mengapalah... tunggu semua anak sampai kat rumah dulu baru boleh bincang destinasi percutian. Sementara ada keputusan aku bercadang nak buat dua tiga kerja kat rumah. Banyak cadangan pengubahsuaian ruang belum dapat dibuat......
Ni antara bahagian rumah yang perlu di ubahsuai dan dibuat penambahbaikan...
Ruang tangga perlu sentuhan dekorasi dinding....
Penyusunan semula `Sudut Kenangan' kat bahagian bawah tangga....Rak dan cermin sudut ini kubuat sendiri dengan bantuan anak-anak. Idea sudah ada untuk ubahsuai sudut ini ... mungkin hari ini agaknya ....
Bahagian balkoni rumahku juga perlu dipasang sinki, cat semula dan taman mini... isyy kalaulah dapat dibuat hari ini.....
Itulah dia antara yang nak dibuat hari ini... Tapi nak kena berhenti dulu menulis kerana macam biasalah... hari cuti , memang akulah yang akan pergi ke Pekan Simpang Kuala mencari sarapan pagi. Dan macam biasalah... aku akan menunggang Karisma 125 dan biasanya akan ambil jalan jauh , masuk bandaraya terus ke Simpang Kuala. Biasanya ramai orang pada Hari Jumaat kat pekan tu. Macam-macam kerenah penjual dan pembeli berurus niaga kat pekan tu..... titik.
No comments:
Post a Comment