Jam sekarang menunjukkan pukul 12.12 tengah malam / awal pagi 2 Mei 2013. Aku masih di meja tulis. Awal malam tadi kami bertiga, aku, umi dan hanim pergi ke Bandar Darulaman Jitra kerana menghantar ank dan cucuku pulang ke rumah mereka. Pergi dan balik ikut Lebuhraya Utara Selatan. Jalan pun tak berapa sibuk jadi sekejap sahajalah urusan itu.....
Ingin kucatatkan di sini tentang urusan mesyuarat agung Surau Al Amin seperti yang kucatatkan dalam entri sebelum ini... memang aku yang diamanahkan oleh warga surau untuk mempengerusikan mesyuarat agung (2 tahun sekali) itu. Ramai juga yang hadir. Mesyuarat berjalan lancar kerana aku berjaya mengawal mesyuarat dan nampaknya warga surau menerima baik caraku mengendalikan mesyuarat agung. Namun adalah suatu dua perkara berkaitan laporan mesyuarat agung dan penyata kewangan yang aku tegur namun teguran itu secara tidak langsung sahaja. Tapi... terkejut juga bila Cikgu Azit memberi markah cemerlang kepadaku kerana berjaya mengendalikan mesyuarat dengan baik. Ada-ada sajalah Cikgu Azit Selamat ni. Sebenarnya Cikgu Azit ni pegawai di pejabat pelajaran daerah dan aku dah kenal lama sejak belasan tahun lagi. Orangnya warak dan istiqamah dalam menerajui urusan surau. Memang patutlah Cikgu Azit dipilih semula menjadi peberusi surau kami. Sara lega sebenarnya apabila turut memberi sumbangan di jalan Allah dan paling penting menunaikan hajat dan amanah orang...(cukup sekadar itu... aku perlu berhenti untuk istirahat kerana esok aku bertugas untuk sehari lagi sebelum bercuti hujung minggu dan esok banyak urusan perlu diselesaikan di tempat kerja...)
No comments:
Post a Comment