Wednesday, May 1, 2013

Catatan Awal Pagi- Cuti Hari Pekerja

Baru sebentar tadi aku selesai upload beberapa keping gambar yang kuambil daripada facebook Cikgu Fairuz- jurugambar sekolah.
.......................................................................................................................................................
Ketika menulis ini mata masih belum mengantuk . Esok cuti umum. Tak ada apa-apa rancangan untuk ke mana-mana esok. Namun awal malam tadi terima panggilan daripada Cikgu Azit Pengerusi Surau taman perumahanku... minta tolong aku ke surau pagi esok untuk mempengerusikan mesyuarat agung surau. Awalnya aku menolak kerana rasanya masih ada orang lain yang lebih sesuai... namun Cikgu Azit minta tolong juga. Apa nak buat kata ok sajalah.... memang dalam urusan kat tempat kerja perkara biasa sahaja kendalikan mesyuarat atau mesyuarat agung.... tapi ini surau ni.... tak mengapalah kalau orang percayakan kita kenalah tunaikan hajat orang. Kat surau taman aku ni ramai teman-teman yang alim dan warak. Aku ni orang kebanyakan sahaja dalam hal agama ni. Agak aku la. Pandangan orang aku tak tau kerana kita mana boleh membaca fikiran orang. Tak apalah... aku berdoa mudah-mudahan aku dapat kendalikan mesyuarat agung Surau Al Amin pagi esok dengan baik di samping menunaikan amanah Cikgu Azit....

Sehari dua ini aku sedang meneliti dua buah buku yang baru dibeli. Ini dia gambar menunjukkan kedua-dua buah buku itu. Sebelah kiri tu tentang Mydin tuan punya syarikat dan pasaraya MYDIN. Buku ni tentang sejarah dan falsafah perniagaan Mydin. Memang setelah aku membaca secara teknik scanning iaitu bacaan sepintas lalu, nampaknya memberi inspirasi yang hebat kisah Mydin ni. Yang sebelah kanan tu sebenarnya buku tu kubeli di Hasani Book Store yang baru dibuka kat Alor Setar, Harganya RM70.00. Sebenarnya buku ni hadiah untuk Umi sempena hari lahirnya baru-baru ini. Memang Umi sangat sukakan buku ini dan pastinya juga aku juga sukakan buku ini kerana menerangkan secara terperinci tentang semua jenis solat. Mudah-mudahan Allah berikan aku kelapangan masa untuk membaca dan menghadam kedua-dua buku ini dalam masa yang terdekat ini. Sebenarnya aku ada dua buah buku lagi yang tebal (baru saja kubeli minggu lepas) - buku terbitan luar negara satu tentang rekacipta dan penemuan/ invention yang mengubah dunia dan satu lagi tentang minatku terhadap seni  taman dan rekaan mini taman. Tulah dia... nak kena peruntukkan masa juga untuk hobi utamaku iaitu membaca....  dan bahan bacaan perlu seimbang .... untuk duniawi dan ukhrawi... maklumlah umur pun dah 50 tahun.... dah tua dah..... jadi kenalah baiki diri luaran dan dalaman..
 Mini perpustakaanku kat tingkat atas rumahku dah lama tak terurus. Gambar ni kuambil ketika ambil gambar balkoni rumahku baru-baru ini. Kesian kat buku-buku yang tak tersusun tu. Sebenarnya buku-buku ada kat merata tempat dalam rumah. Nak kena pungut dan susunkan semula pada rak. Sebenarnya buku-buku ni semua sangat aku sayang dan aku jarang sangat membuang buku-buku lama kerana semuanya kuanggap sangat bernilai kerana di dalamnya penuh dengan ilmu pengetahuan. Harap-harap anak-anak dan cucuku juga akan turut menghargai mini perpustakaan  dan buku-buku ni semua......kalau bukan sekarang .. mungkin suatu masa nanti...

No comments:

Post a Comment