Tuesday, April 30, 2013

30 April: Hari Yang Indah dan Penuh Kenangan

Waktu aku mencatat dalam diary ini jam pada laptopku ini menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku cuba menyelesaikan catatan ini sebelum bermulanya 1 Mei. Ada lagi lebih kurang 30 minit. Aku mengambil peluang masa terluang ini untuk mengabadikan kenangan indah suasana Hari Anugerah Cemerlang di sekolahku siang tadi. Majlis siang tadi perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Sektor ICT JPN. Majlis berlangsung dengan gilang gemilang walaupun persiapan sederhana. Apa yang dapat kulihat ialah semua orang ceria, gembira dan wajah masing-masing berseri-seri terutama semasa sesi bergambar. Memang sungguh indah suasana itu. Jika ada rakan-rakan  yang tidak dapat bersama lagi selepas ini... sama ada yang akan bersara, bertukar dan sebagainya, bolehlah nanti menjenguk kembali diariku ini untuk kembali mengimbau kenangan terindah HAC 2013 ini....

Ini sebahagian gambar yang dapat aku muatkan dalam ruangan diary ini untuk kenang-kenangan. Semua guru memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis pada hari ini. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Peribahasa itu rasanya sesuai bagi menggambarkan komitmen semua pihak..... terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment