Tuesday, April 30, 2013

KARYA TERBAHARU (APRIL 2013)

Cerpen Terbaharu - Citra Peribahasa (Kuntum April 2013)


Ini cerpen yang termuat dalam Kuntum April 2013. Cerpen bulan Mac 2013 belum aku upload ke dalam diary ini. Terlupa atau tak ada kesempatan agaknya. Nantilah nak kena cari kat mana majalah tu. Agaknya ada dalam simpanan anak bongsuku Hanim Hartini. Dialah pembaca setia karyaku setiap bulan. Maklumlah baru kat tingkatan satu. Yang lain-lain dah besar, ada dah kahwin dan kat ipt. Aku tak kisah siapa yang nak baca keryaku yang tak seberapa itu... yang penting adik-adik yang membeli majalah Kuntum dapat membaca dan mengambil sedikit sebanyak ilmu dan pendidikan yang kuterapkan lewat karyaku. Ingat nak bincang dengan editorial Kuntum untuk jadikan antologi semua karyaku itu dan diterbitkan dalam bentuk buku. Banyak juga tu.. dah hampir 30 cerpen semuanya.. kalau dibukukan boleh jadi 3 buah buku ... namun tak pastilah pula ianya ada kualiti ke tidak. Hanya pembaca dan orang lain yang dapat menilai karyaku....

No comments:

Post a Comment