Hari ini Sabtu , 27 April 2013. Mulai hari ini aku kembali menggunakan ganti nama `aku' kerana aku rasa kurang selesa menggunakan ganti nama `saya'. Setelah dibuat semakan semula dari segi bahasa dan untuk diary ini lebih sesuai digunakan `aku'. Penggunaan `aku' tidak membawa maksud agung atau terhebat kerana ianya sesuai untuk penulisan diary yang bersifat peribadi seperti diaryku ini. Jadi untuk masa ini aku akan menggunakan ganti nama diri `aku'. Untuk masa hadapan belum tahu lagilah....
Gambar ini baru sahaja kuambil ketika sedang memandu pulang dari tempat kerja. Ini laluan utama aku balik dari kerja. Taman perumahanku letaknya tidak sampai 1 km daripada kedudukan dalam gambar ini. Inilah dia keadaan ketika aku menulis ini. Jalan Tanjung Bendahara meriah dengan bendera parti yang bertanding. dalam PRU ke-13 tahun 2013. Ketika tarikh ini hanya tinggal lagi seminggu akan tibanya hari mengundi iaitu pada 5 Mei 2013. Aku sebenarnya bukan tidak berminat dengan politik. Tapi untuk ketika ini aku kurang berminat untuk mengundi. Itupun tak taulah bila tibanya 5 Mei nanti. Aku ada alasan tersendiri kerana kawasan aku mengundi tu kedua-dua calon yang bertanding kurang menarik perhatianku. Aku suka kalau calon-calon yang bertanding datang bersua muka denganku dan berkempen dan cuba memancing undiku dan berikan alasan mengapa aku perlu memilih beliau. Ha ha ha mana mungkin kan.... siapalah aku ni kan sampai begitu sekali calon-calon nak datang cari dan merayu undi. Tapi itulah dia demokrasi sebenarnya. Tapi di Malaysia belum sampai ke tahap demokrasi sepenuhnya. Tak mengapalah.... kepada parti-parti politik yang bertanding... teruskanlah. Suburkan lagi demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya. Asalkan negara ini terus maju sudahlah.... aku tak kisah sangat.
No comments:
Post a Comment