Thursday, April 25, 2013

PETANG YANG DINGIN

Petang tadi hujan di kawasan perumahan saya. Memang agak lebat. Entah apa sebabnya kami sekeluarga termasuk cucu naik ke tingkat atas rumah. Sudah banyak minggu saya  tak naik ke tingkat atas rumah. Dan kalau sudah naik tentunya saya akan ke bahagian paling saya suka iaitu beranda atau balkoni kami. Ini ada saya ambil gambar  pemandangan dari atas balkoni tersebut.
Kat sinilah baiasanya saya suka menyendiri, menikmati tiupan angin yang sejuk waktu awal pagi atau lewat petang. Kalau membaca akhbar atau buku pun kat sinilah. Terkadang kalau mengejar dateline ruangan dalam majalah Kuntum saya akan menulis di ruangan inilah. Balkoni ini ada bumbung untuk mengelak panas dan hujan tetapi sengaja dindingnya direndahkan untuk supaya tidak mengganggu pandangan. Hari ini hujan.... langit mendung dan terlindung dengan awan. Kalau hari cerah, dan kalau saya duduk di salah sebuah kerusi santai ini, saya akan dapat melihat terus ke puncak Gunung Jerai... suatu pemandangan yang saya sangat suka dari atas balkoni ini. Dinding balkoni saya cat sendiri sementara cermin di hadapan dan di kedua sisi itu saya pasang sendiri bingkai dan potong sendiri daripada cermin lama sliding door bahagian bawah rumah saya. Susah juga nak memasang bingkai dan cermin tu semua. Cadang nak pasang tinted warna hijau tapi selalu terlupa.Selalunya bila naik ke balkoni baru teringat. Begitu juga cadang nak pasang sinki dan paip air kat penjuru sebelah kiri balkoni tapi belum berkesempatan untuk bertukang. Tak sempat lagi nampaknya...harap-harap suatu hari nanti juga saya dapat hasilkan sebuah taman kecil kat atas balkoni ini supaya jadi tempat santai saya yang istimewa. Kalau ada teman-teman dan saudara berkunjung dapatlah naik bersembang kat sini. Harap-harap saya ada masa untuk itu...
 Kat kerusi malas inilah selalunya saya terlena ketika diulit angin sepoi-sepoi bahasa......

No comments:

Post a Comment