Inilah pesawat yang membawa saya dari Penang ke Jeddah sewaktu mengerjakan Umrah tempoh hari. Pesawat Nasair ini memang khas untuk membawa jemaah Haji dan Umrah sahaja. Ini gambar semasa di Penang.
Ini pemandangan dari tingkap pesawat ketika penerbangan ke Jeddah
Saya pulang dengan pesawat yang sama. Ini semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Ini ketika penerbangan pulang. Ada kelihatan nun jauh samar-samar bulan turut kelihatan dalam gambar ini. Ketika sendirian merenung keluar tingkap pesawat terasa diri hilang seketika. Sunyinya di atas awan sana. Seolah tiada kehidupan dan alam serasa begitu senyap tanpa kehidupan. Pesawat pun seakan berhenti ... tidak bergerak.... jam seakan berhenti berdetik....sungguh hebat alam semesta ciptaanMu Ya Rabb....
No comments:
Post a Comment