Sekarang pukul 12.27 tgh Sabtu 13.4.2013. Ini baru saya dapat berhenti sekejap. Badan pun dah sihat dah tapi masih ambil antibiotik. Apa yang sibuk sangat hari ni..... Pagi tadi lepas solat subuh saya terus mengemas dapur dan ruang tamu. Umi ada urusan di tempat kerjanya. Sengaja saya ambil tugas mengemas rumah. Nak sibukkan diri dengan harapan badan berpeluh, minda pun aktif hendaknya. 6.50 terus hantar anak bongsu Hanim Hartini ke sekolahnya... SMK Sultanah Asma. Hanim ada sekolah ganti hari ini. Lepas tu terus ke bank ambil wang... ke pekan Simpang Kuala mencari sarapan pagi. Lama juga menanti abang mamak menebar roti canai. Beli nasi lemak, soto dan lontong. Orang selatan yang jual. Balik ke rumah. Melayan cucu Ariesya Nabila yang tak berapa sihat. Malam tadi dah bawa Sya ke Poliklinik Hidayah, Jalan Langgar. Nampak dah baik sikit lepas makan ubat. Lepas tu saya menyambung kerja mengemas ruang tamu. Lepas tu menghantar anak sulung saya Hamizah ke Bangunan Persekutuan Alor Setar kerana dia menghadiri ujian untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Mudah-mudahan dia lulus untuk ke Pusat Kompetensi pula lepas ni. Nampaknya takda kerja sekarang ni. Anak saya ni bidang ijazahnya Botani, Sains Biologi. Kalau dulu mungkin dia dah dapat kerja... tambahan pula dia dulu dpat biasiswa JPA. Apapun mudah-mudahan doa saya dan umi di Raudhah dan Hijir Ismail baru-baru ini supaya Hamizah cepat dapat kerja dimakbulkan Ilahi. Lepas tu saya pergi ke mana ya... Lepas umi ke tempat kerja, saya proses pula kereta Myvi umi. Tadinya waktu saya guna kereta tu waktu hantar Hanim dan Hamizah rasanya alignment teruk sangat. Terus saya ke kedai tayar di hadapan taman perumahan saya. Memang chambernya perlu diselaras semula. Buat cross balancing. Baiki juga seat belt. Nampaknya dah ok dah tapi rasa nak servis juga kerana bunyi enjin agak kasar. Lepas tu saya bawa kereta tu ke pusat servis. Orang ramai kalau nak walk in. Buat booking pukul 2.00 petang ni akan hantar kereta untuk diservis. Akhirnya inilah dia saya berada di ruang kerja dalam bilik saya ni menghadap Aspire 4730Z ini. Ada kerja yang perlu dibuat sebenarnya. Ianya berkaitan satu kejohanan boling peringkat daerah yang akan berlangsung minggu hadapan. Ada data dan perangkaan yang perlu saya buat. Tak mengapa, perkara biasa sahaja. Saya dah ada team kerja yang sentiasa bersedia bekerja.
Dah hampir pukul 1.00 sekarang ni. Saya terpaksa berhenti di sini kerana perlu menghubungi seseorang berkaitan tempahan tempat dan pakej program yang akan diadakan minggu hadapan.Baru teringat bahawa saya perlu menghubungi orang berkenaan. Banyak lagi yang ingin dicatat dalam diary ini sebenarnya. Banyak juga lagi gambar di Madinah dan Makkah yang ingin dimuatkan. Namun saya perlu berhenti di sini kerana terpaksa mengejar waktu.... jika tidak saya pula yang akan dikejar waktu.....
No comments:
Post a Comment