Pagi ini , Ahad 5.5.2013. Aku masih belum tidur. Isteri sudah lama tidur. Anak-anak ada di ruang tamu. Sudah jadi kebiasaan anak-anak tidur kat ruang tamu kerana ada aircond. Tadi riuh rendah bersembang... ada macam-macam cerita yang dibawa pulang dari universiti masing-masing.....
Petang tadi kami sampai balik ke rumah setelah semalaman bercuti di Pantai Merdeka Resort. Pantai Merdeka ramai orang macam biasa. Pantainya tetap indah macam selalu. Dah banyak kali kami datang bercuti di sana. Bezanya kini resort tu semakin cantik dan menarik. Paling bagus ialah swimming poolnya. Aku, umi dan 3 orang anak dapat mandi kat kolam renang tu sepuasnya. Rupanya betul kata orang, berenang dan berendam dapat menghilangkan stress... itu yang aku suka datang ke Resort ini kerana ada kolam renang. Tulah selalu terbayang alangkah baiknya kalau aku ada rumah yang ada sekali dengan kolam renang! Isyy... bolehkah jadi kenyataan... rumah anak-anak nanti tak tak taulah.... tapi kalau rumahku sendiri susah sikit kot.. tak sempat agaknya.... . biarlah sekadar dalam angan-angan....
Ini masjid tempat aku solat Jumaat. Imam yang membaca khutbah Jumaat sangat tenang dan berseri-seri wajahnya. Tajuk khutbah ialah tentang kepentingan menjaga hati dan iman....tajuk yang sangat bermakna.
Pantai Merdeka di bahagian hadapan resort tempat aku menginap
Inilah chalet No. 207 tempat aku dan famili menginap. Bayarannya RM160.00, diposit RM50. Memang sangat berpatutan. InsyaAllah untuk kesekian kalinya aku akan datang lagi.
Sukanya Hanim, Hazman dan Hanis dapat mandi kat kolam renang...
Umi sedang membayar harga makanan... Tiga orang adik-beradik ini anak yatim piatu. Mereka berusaha gigih menjalankan perniagaan bagi meneruskan kehidupan.... Aku doakan semoga mereka tabah menghadapi dugaan hidup.
Istimewanya Pantai Merdeka ialah sentiasa ada pesta jualan terutama semasa cuti. Ada gerai jualan makanan dan minuman, pakaian dan gerai makan sebelah malam. Paling istimewa untuk makan malam ialah `ABC Gunung Jerai' dan mee udang.....
Itu dia telah kuabadikan cerita dan foto ketika bersantai di Pantai Merdeka. Memang kalau hendak rehatkan minda, aku akan datang ke Pantai Merdeka Resort. Walaupun agak jauh ke selatan Kedah tapi aku suka tempat ni..... lagipun selain Langkawi, inilah pantai cantik yang ada kat negeriku Kedah Darul Aman....
.....................................................
Esok pagi-pagi rasanya aku akan mengundi. Pada mulanya ingat malas nak mengundi tapi... pilihanraya ni 5 tahun sekali.... kenalah mengundi. Itu hak sebagai warganegara. Apapun.... undi tetap rahsia peribadi....

No comments:
Post a Comment