Jam pada laptopku menunjukkan pukul 12.05 tengah malam hari Isnin 20 Mei 2013. Satu lagi hari baharu dalam hidupku. Hari ini di sekolah tidak begitu sibuk. Biasa sahaja. Aku pulang ke rumah sekitar jam 3.00 petang. Dalam perjalanan pulang aku singgah sekejap di pasaraya di hadapan taman perumahanku. Adalah beberapa barang yang kubeli. Hanim dan diambil umi dan dibawa ke sekolahnya semula. Umi pulang lewat petang kerana di sekolahnya ada lawatan daripada 50 orang pengetua dari daerah Larut Matang Perak. Melawat sistem filing PBS.
Sampai di rumah disambut oleh Ariesya cucuku di muka pintu. Hilang penat seharian setelah melihat cucu. Sudah jadi kebiasaan kalau Sya tunggu kat muka pintu, aku kena mendukungnya berjalan-jalan di hadapan rumah terlebih dahulu sebelum dibawa masuk semula ke dalam rumah. Tu agaknya sebab Sya suka menunggu wannya di muka pintu. Selesai mandi dan solat Zohor, aku makan... agak berselera aku makan ... mungkin kerana masakan masak lemak ikan tongkol yang dimasak anakku Hamizah membuka selera. Lepas makan, melayan cucu sekejap sambil menonton Astro dan macam biasalah lepas tu tv pula yang tengok kita... terlelaplah tu. Bila terjaga aku aku terus solat Asar... dan memakai pakaian bertukang.... bersihkan bahagian tepi rumah. Pilih buang barang-barang lama yang tak berguna lagi. Aku dah ada idea untuk perelokkan bahagian tepi rumah tu. Tunggu cuti saja..... Apapun petang tadi hasrat nak kemaskan bahagian tepi rumah telah terlaksana.
Berbalik kepada balkoni. Hujung minggu lepas aku dah siap memasang sinki dan paip air. Taklah begitu elok pemasangannya tapi yang penting ... balkoni dah ada sinki dan paip air .... dan pastinya bila aku naik ke balkoni lepas ni aku akan tersenyum puas kerana sinki dan paip air tu aku sendiri yang memasangnya....Tak lupa kuabadikan di sini gambar-gambar berkenaan pemasangan sinki dan balkoni itu....
.....keadaan asal penjuru sebelah kiri balkoni yang terletak di atas bumbung rumahku...
......Ini ketika kerja baru bermula.. barang-barang pun baru dibeli...
......keadaan dah panas ketika ini tapi kerja diteruskan juga...
.....ni bil pembelian barang-barang untuk sinki...
.......siap sedia untuk pasang bracket bagi meletakkan sinki.... paip tembaga di sebelahnya dah siap dipasang.... paip di bahagian bawah ke punca air belum dipasang lagi masa ni...
.......memang berselerak bila aku bertukang.........lega bila kedudukan sinki berada tepat pada tempat yang dikehendaki. Tapi paip salur air keluar belum dipasang lagi..
......pemasangan kat bahagian balkoni sudah selesai. Urusan selepas ini ialah penyambungan paip untuk air dan paip putih untuk salur keluar air dari sinki...
......Bila siap semuanya, terus panggil Umi untuk merasmikan sinki baharu!!!
......Seronok sangat bila kerja berhasil dan takda masalah.... dan minda pun terus berfikir untuk kerja-kerja yang lain pula.....
Akhirnya misi pemasangan sinki dan paip air selesai. Dan lantai balkoni pun dapat dibersihkan kerana sudah ada air. Langkah seterusnya ialah mencipta taman mini di atas balkoni ini. Mungkin juga akan dipasang tinted pada cermin .... begitu juga memasang bidai mungkin.... Paling penting semuanya akan kubuat sendiri...
Gambar ini kuambil pada petang 2 Jun 2013 iaitu sehari selepas pulang dari trip ke Kota Bandung. Balkoni setakat ini ini sudah ada sebuah kolam getah yang baru dibeli dua minggu lepas. Seronok tengok anak-anak berendam dalam kolam ni. Aku pun sempat juga berendam tapi malam sikitlah.... Waktu gambar ini kuambil kelihatan di hujung lorong hadapan rumahku kelihatan sudah naik khemah kenduri perkahwinan kat rumah sahabatku Cikgu Zulkifli pada esok hari (3 Jun 2013). Anaknya itu lelaki , belum habis belajar kat maktab perguruan. Tulah dia.. kalau dah sampai jodohnya. Kelihatan juga dalam gambar, saudara isterinya dari negeri Pahang baru tiba.... si Hanim dan kawannya jiran sebelah rumah turut kelihatan kat hujung sana....
No comments:
Post a Comment