Catatan ini mula dibuat pada jam 8.45 pagi. Aku baru selesai buat dua tiga kerja pagi ni.... ada masa lapang sikit sebab cuti hujung minggu. Kat rumah ni sebenarnya ada tamu. Anak saudara dari Terengganu Muslim dan isterinya Ji datang ke Insaniah untuk final exam program master mereka. Hari ini tamatlah pengajian selama dua tahun mereka di Insaniah. Tinggal nak siapkan tesis saja. Hantar tesis bulan Ogos ni tamatlah pengajian mereka. Memang gigih ustaz, ustazah J-Qaf berdua ni. Muslim memang hebat orangnya, tahfiz dia tu. Sebuah Quran dalam dada. Memang dia sangat hormat pada aku dan umi. Boleh kata dia membesar depan mata kami dan perjalanan hidup dia adalah dengan bimbingan kami terutamanya umi. Masih kuingat lagi waktu lepas PMR dulu dia nak masuk pusat pengajian Tahfiz tapi maknya tak izinkan kerana PMRnya bagus. Namun bila Umi beri nasihat maknya mengikut sajalah kehendak si Muslim. Sambil belajar dalam bidang tahfiz Muslim ambil sendiri SPM. Terang hati dia... ambil sendiri SPM pun dapat 9A... Quran pun hafal 30 Juzuk. Tu yang hebat budak-budak Tahfiz... terang hati mereka. Ni buat master pun dah nak habis suami isteri. Tulah dia, sedar tak sedar dah dua tahun...setiap bulan mereka menginap di rumahku. Sekarang ni ada baby pula ditinggal dalam jagaan anakku Hamizah. Comel baby tu... Farhana namanya. Si Ariesya cucuku bukan main cemburu apabila aku mendukung Farhana......
Ini anak sauadaraku Muslim dan isterinya Ji di ruang tamu rumahku..
Aku menulis ni sorang-sorang dalam bilik. Sekali-sekala Ariesya menjenguk masuk mencari aku wannya. Umi ke SK Abdullah Saadon dekat tepi laut berhampiran Pekan Alor Janggus. Ada jemputan ceramah untuk waris sekolah tu. Kebelakangan ini umi banyak menerima undangan berceramah. Memang dia semakin hebat dan matang ketika memberi ceramah. Aku pula memberi bantuan dan sokongan selagi termampu. Paling penting aku akan memantau keadaan kesihatannya yang tidak menentu itu.
Akhirnya pada hari ni 18 Mei 2013 cucuku Sya sudah boleh berjalan....
Sekejap lagi aku perlu ke bandar Alor Setar untuk memasukkan wang kepada Hanis di USM. Katanya nak buat pasport antarabangsa segera. Katanya nama dia dah terpilih untuk mewakili USM dalam persidangan mengenai kimia peringkat antarabangsa di Tokyo Jepun. Dia bersama seorang lagi pelajar USM bersama beberapa orang lagi pelajar universiti lain di Malaysia akan mewakili negara ke Jepun. Hanis ni kepala dia agak gila-gila sikit tapi sangat fokus dengan pelajarannya dalam bidang Kimia. Aku pun tak pasti atas kriteria apa Hanis dipilih mewakili Malaysia. Agaknya dia antara pelajar terbaik di pusat kimia USM. Dalam semua anak-anak nampaknya Hanis paling cemerlang. Mungkin Hanim nanti dapat menandingi Kak Hanis dia.
Aku perlu berhenti di sini . Selepas ke bank, banyak lagi urusan hari ni.....
No comments:
Post a Comment