Hari ini Jumaat 15 Mei 2013. Semalam diadakan sambutan Hari Guru seluruh Malaysia. Di sekolahku juga diadakan sambutan Hari Guru. Walaupun sederhana tetapi meriah. Hari Guru tahun ini pada awalnya hanya boleh disambut separuh hari sahaja iaitu sama ada sebelum rehat atau selepas rehat. Jadi pengurusan sekolahku bersama Majlis Guru menyusun atur cara sambutan untuk sebelum rehat dahaja manakala selepas rehat P&P berjalan seperti biasa. Ramai guru yang kecewa kerana biasanya Hari Guru disambut sepanjang waktu persekolahan pada 16 Mei setiap tahun. Terdengar suara-suara kiecewa kerana seolah-olah jasa guru tidak diiktiraf. Namun biasalah.... cikgu-cikgu tetap akur dengan arahan. Segala orotes hanya sekejap dan ditelan begitu sahaja. Namun agaknya protes guru-guru sudah sampai kepada pihak atasan... menjelang tengah hari 15 Mei sampai pula suatu surat daripada pengarah bahawa sambutan boleh dibuat sepanjang hari. Tapi jadual sudah diatur, mesyuarat jawatankuasa sambutan sudah dibuat... dibuatlah sambutan seperti yang telah dirancang. Akhirnya inilah dia sambutan Hari Guru 2013 di sekolahku. Ingin kuabadikan beberapa keping gambar sambutan hari berkenaan yang sempat kurakamkan. Gambar-ganbar lain yang diambil juru kamera sekolah akan diupload kemudian.....
Gambar ini kuambil di Supermarket Star Parade dua hari sebelum Hari Ganda pengharuru. Malam itu aku menemani isteriku ke acara permainan boling guru-guru dan staf sekolahnya sempena sambutan Hari Guru 2013. Aku biarkan sahaja Umi bersama rakan-rakan sekerjanya sementara aku berjalan-jalan dan turun meninjau buku-buku baharu di kedai buku Popular yang terletak di tingkat bawah. Streamer berkaitan Hari Guru ini tergantung di salah satu tiang gerai makan di sebelah Popular.... Nampaknya streamer ini pastinya ditujukan kepada guru sebagai tanda penghargaan kepada semua jasa guru. Baguslah macam tu... pastinya semua cikgu yang melihat poster macam ni akan rasa sangat gembira....
Ini tulisan pada kotak hadiah yang kuterima pada Hari Guru 2013.
Ini antara hadiah yang kuterima. Hanya gambar dua hadiah ini sahaja yang sempat kuambil gambarnya. Menerima hadiah dan ucapan sempena Hari Guru sudah menjadi lumrah pada setiap tahun. Ucapan yang tulus ikhlas daripada rakan-rakan sekerja dan staf sokongan sangat menggembirakan. Namun paling aku terharu ialah bila menerima hadih kecil daripada anak murid tersipu-sipu dan takut-takut tetapi mengucapkan selamat hari guru dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh... wajah anak murid yang sungguh naif ... sungguh menyentuh hati. Kadang-kadang anak-anak murid yang sering kumarahi ... datang ucapkan selamat hari guru sambil meminta maaf atas segala kesalahannya.... itu yang buat hati bangga dan terharu kerana didikan yang kuberikan sudah membawa perubahan tingkah laku terhadap anak murid. Sedikit sebanyak terasa diri sudah berjaya menjadi guru yang baik...
Aku bersama sahabatku GPK HEM, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK Tingkatan 6, Guru-guru Kanan dan guru-guru menyaksikan permainan dan persembahan guru dan pelajar di perkarangan sekolah. Pengetua kamu sudah bersara sehari sebelum Hari Guru. Sebelum acara ni semua diadakan Majlis Bacaan Yaasin dan perhimpunan khas. AkuSukaneka di padang tidak diadakan tahun ini kerana kesuntukan masa. Apapun sambutan tetap meriah....
...
....Jamuan di meja VIP. Di sebelahku YDP PIBG En. Fuad. Pegawai-pegawai Bank Rakyat yang datang membawa hadiah kek daripada pihak bank juga dijemput makan sekali. Meriahnya Hari Guru 2013....
Bahagian bawah ini kuupdate kemudian. Ingin kuabadikan di sini untuk kenangan. Setelah membaca sebuah portal, ada berita sedih yang berkaitan dengan sahabatku dan umi. Berita kematian seorang sahabat baik. Berita ni sudah diketahui agak lewat jadi kami tidak sempat menziarahi allahyarham. Dalam gembira menyambut Hari Guru 2013... adaa berita sedih.... Al Fatihah....
Dalam kejadian pada jam 11 pagi, mangsa Che Maznah Mad Isa, 56, yang dikatakan menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah, tiba-tiba rebah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Suami mangsa, Sudarji Shatry, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian isterinya.
"Arwah sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang penyakit kritikal dan tidak pernah mengadu sakit," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar semalam.
Che Maznah yang mengajar subjek Matematik, berkhidmat selama 32 tahun di sekolah itu dan disifatkan seorang guru yang tegas.
Arwah berasal dari Alor Setar, menetap di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang dan mempunyai tiga orang anak.
Mayat mangsa dihantar ke HSB untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pendang.
Bahagian bawah ini kuupdate kemudian. Ingin kuabadikan di sini untuk kenangan. Setelah membaca sebuah portal, ada berita sedih yang berkaitan dengan sahabatku dan umi. Berita kematian seorang sahabat baik. Berita ni sudah diketahui agak lewat jadi kami tidak sempat menziarahi allahyarham. Dalam gembira menyambut Hari Guru 2013... adaa berita sedih.... Al Fatihah....
Guru meninggal dunia ketika sambutan hari guru
Seorang
guru wanita meninggal dunia selepas mengalami serangan sakit jantung
ketika menyertai sukaneka sempena sambutan Hari Guru di Sekolah
Kebangsaan Pendang semalam.Dalam kejadian pada jam 11 pagi, mangsa Che Maznah Mad Isa, 56, yang dikatakan menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah, tiba-tiba rebah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Suami mangsa, Sudarji Shatry, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian isterinya.
"Arwah sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang penyakit kritikal dan tidak pernah mengadu sakit," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar semalam.
Che Maznah yang mengajar subjek Matematik, berkhidmat selama 32 tahun di sekolah itu dan disifatkan seorang guru yang tegas.
Arwah berasal dari Alor Setar, menetap di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang dan mempunyai tiga orang anak.
Mayat mangsa dihantar ke HSB untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pendang.
No comments:
Post a Comment