Malam ini saya berkesempatan membuka laman diary ini. Alhamdulillah saya semakin sihat... dengan izin Allah. Maha Suci Ilahi yang memberi sakit dan menyembuhkan. Manusia sekadar berusaha mencari ubat dan penawar namun hanya Dia mampu menyembuhkan....
Tadi saya bersama famili keluar ke sebuah restoran arab berhampiran Istana Anak Bukit. Anak-anak teringin nak makan makanan Arab. Saya mengikut sahaja biarpun selera makan masih belum ada sebenarnya. Saya makan kebab sahaja itupun hanya separuh. Hari ini sebenarnya saya bercuti (MC) tapi pergi juga ke tempat kerja kerana ada urusan mendesak yang perlu diselesaikan. Lepas itu balik ke rumah, makan ubat dan istirahat. Namun dikejutkan dengan kehadiran tetamu ke rumah. Anak-anak ada 2 orang bercuti mid sem. Layan jugalah tetamu yang datang. Sempat juga berbasa basi dengan tetamu sambil menyembunyikan hal badan yang masih kurang sihat sepenuhnya. Petang pun ada saudar dekat datang berkunjung ke rumah. Maghrib tadi Alhamdulillah sempat ke surau. Lepas tu yang saya saya sebut tadi.... ke restoran nasi Arab. Sekarang ni saya sebenarnya sedang tercari-cari rentak untuk menulis cerpen peribahasa untuk ruangan tetap saya Citra Peribahasa dalam majalah Kuntum. Belum jumpa lagi sebenarnya peribahasa yang hendak dibuat cerita. Mungkin lepas ini saya dapat kerjakan urusan rutin bulanan itu.
Berbalik kepada ibadah Umrah baru-baru ini..... memang sangat memberi kesan kepada diri saya. Tempoh masa 3 hari di Kota Madinah dan 7 hari di Kota Mekah sangat mengesankan. Hanya saya dan Allah sahaja yang mengetahui apa yang saya kerjakan dan alami di sana. Saya tidak bercadang bercerita di sini kerana itu hal ibadah dan hubungan dengan Yang Maha Esa. Namun keseluruhannya saya bersyukur sangat kepada Allah kerana memilih dan menjemput saya ke sana. Dan pastinya saya ingin ke sana lagi. Sekarang barulah saya tahu mengapa sebelum ini saya selalu mendengar orang yang kembali dari Tanah Suci menyebut teringin ke sana lagi..... sekarang saya sangat faham.....
Ini antara gambar yang sempat saya ambil menggunakan hp nokia 3020 saya. Ada banyak lagi sebenarnya nanti sahaja saya abadikan di sini kerana saya perlu memilih hanya yang sesuai sahaja untuk dimasukkan ke dalam diary ini. Maklumlah saya dapati setiap hari semakin ramai pula orang yang melawati diary saya ini. Saya tak pasti siapa ... tak kisahlah siapa kan.... saya hanya mencatat apa yang dirasa dan dilalui seharian. Kalau ada yang nak jadikan panduan silakan... yang nak jadikan sempadan pun silakan.....
No comments:
Post a Comment