Apabila kulihat kalender kuda di dinding untuk meneliti tarikh, rupanya sudah hampir sebulan aku tidak mencatat dalam diari ini. Cepatnya masa berlalu..... sedar tak sedar penghujung bulan ini aku akan menyambut ulangtahun ke-50. Bermakna akau akan menjejak ke usia emas beberapa hari sahaja lagi. sudah semakin tuan diri ini... dan hari ini aku kurang sihat... adakah ini amaran yang Allah beri untuk aku beringat bahawa usia sudah lanjut.... tarikh kematian sudah semakin hampir... (Monolog diri: Beringatlah wahai Azizan bahawa diri semakin tua.... tambahkan ibadah sebagai bekalan alam akhirat)
Memang hari ini aku kurang sihat. Mungkin kerana semalam aku duduk sekerat hari di Dewan Besar, Univesiti Antarabangsa Al-Bukhary kerana menghadiri satu seminar. Kandungan seminar memang baik dan berfaedah tapi duduk diam di kerusi dan berhimpit sesama peserta tu agaknya membuatkan aku tak sedap badan. Biasanya di tempat kerja aku sentiasa bergerak. Jarang sangat aku duduk diam dalam bilik kerja. Kesannya sehingga ke pagi ini. Malam tadi rumahku agak meriah dengan kepulangan anak menantu dan cucu ke rumah. Semalam memang hari istimewa cucuku Ariesya Nabila kerana genap setahun usianya. Si comel ni sangat manja dengan aku. Sebut ja nama dia akan datang dan duduk di ribaanku. Hilang keletihan bekerja jika dapat bersama cucu. Tok Uminya pun sama ....
Ingin juga kucatatkan di ruangan diary ini bahawa seminggu lagi aku akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk buat umrah. Tak sabar rasanya nak bertemu dengan Kaabah.....
Nampaknya aku tidak mempu lagi nak mencatat buat masa ini kerana sememangnya aku kurang sihat ketika ini.....
No comments:
Post a Comment