Malam ini jam menunjukkan 11.34 ketika aku manaip catatan diaryku ini. Hari ini biasa saja. Memenuhi rutin biasa di tempat kerja. Jumpa orang.... orang datang jumpa.... kerja-kerja merancang, menaip , berbincang dengan orang lain... mengendalikan mesyuarat... memberi taklimat... bertemu pegawai polis yang datang ke tempat kerja.... menegur seorang dua guru berkaitan bidang tugas... dan macam-maca lagi. Kalau berjalan seakan kakiku tak jejak ke tanah... seakan tak cukup masa untuk mengendalikan macam-macam urusan. Sesekali aku ada juga aku duduk sorang-sorang kat dalam bilik kerjaku . terkenang... mengenang dan kembali tersedar tentang perubahan-perubahan yang kualami dalam kerjaya dan kehidupan. Tersenyum sendiri apabila cuba membezakan keadaan aku mula-mula kerja dahulu. Masih kuingat hari pertama aku mula bekerja ... aku ditempatkan di Bandar Tun Razak Cheras, KL. Malam itu aku naik bas ekspres sendirian menggalas beg pakaian pvc berwarna coklat. Malam itu aku memakai baju kemeja lengan pendek berpetak-petan putih dan biru. Kasut kulitku berwarna putih. Satu-satunya kasut kulit milikku. Sampai kat Puduraya lebih kurang jam 5.30 pagi. Itulah kali pertama seumur hidupku menjejakkan kaki ke Puduraya yang terkenal itu. Turun tangga besi sebelah sisi Jalan Pudu kalau tak silap aku la... turun ke bawah tu banyak teksi dan kereta sewa. Aku ambil teksi sebuah seorang. Minta paksik teksi hantarku ke Bandar Tun Razak. Terus pakcik tu hantar hingga sampai ke pintu pagar sekolah. Waktu tu masih gelap, Tampat pertama kutuju ialah bilik air sekolah dan terus mandi dan mencari surau untuk solat Subuh. Bersiap lebih kurang hari pun siang dan aku terus melapor diri kepada Guru Besar. Masih kuingat bos pertamaku itu... Cikgu Mustapah Rapie. Baik cikgu tu... pendek kata cikgu cikgu kat sekolah tu baikbaik belaka. Kak Zaiton, Cikgu Zubir, Cikgu Rahman,.. Cikgu Othman, Cikgu Shahat, Cikgu Wee Kok Leong, dan ramai lagi. Paling penting.... ramai yang tolong hinggakan hari itu juga aku sudah dapat rumah sewa dan tinggal menyewa bersama-sama dengan arwah Fisol, Rosdi (Kelantan) Saimi (Besut), Habib (Tanah Merah Kelantan), Suhaimi (Tualang Kedah)..... kini semua tinggal kenangan.... banyak dah terputus hubungan.... alangkah manisnya jika ada reunion.... dalam hati aku hanya mampu berdoa... mudah-mudahan dalam usia yang berbaki ini aku sempat berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama semasa di KL.... sekurang-kurangnya dapat bertanya khabar....Kuhentikan di sini kerana badan sangat letih. Minda juga sudah minta istirahat....
No comments:
Post a Comment