Hari ini sejak pagi di tempat kerja memang banyak kerja yang nak diselesaikan. Memeriksa buku RPP cikgu-cikgu di bawah seliaanku... menguruskan event besar bakal berlangsung Sabtu ini, menguruskan kertas kerja, budget.... surat siaran dan macam-macam lagi..... sekejap ke pejabat.. kembali ke bilik ruang kerja, ke kafe.... berbasa basi dengan kawan-kawan... orang kafe, pekerja swasta.... jam 3.15 petang aku bertolak balik. Bukan apa, aku balik awal hari ini kerana anak-anakku Hanis dan Hazman akan bertolak balik ke USM dengan motosikal masing-masing. Hamizi pula akan balik ke Kangar . Masing-masing akan kembali meneruskan semester baru pengajian mereka. Sampai kat rumah... sukanya hati kerana cucuku Arisya Nabila ada. Hilang penat bila dapat bermain dengan cucu......
Selesai cucu balik dan anak-anak balik ke kampus.... tinggal aku, umi dan Hanim saja kat rumah. Sunyilah pulak.... setelah hampir sebulan rumahku riuh rendah dengan gelak tawa anak dan cucu.... kini sunyilah pulak..... inilah putaran kehidupanku belakangan ini. Lepas solat maghrib... kami bertiga ke bandar Alor Setar. Pergi membeli seluar trek si Hanim kat depan City Plaza. Lepas tu ke bank ambil wang kat mesin wang. Kemudian terus ke gerai tak jauh dari rumahku. Malam jarang makan yang berat dah sekarang ni. Nak kena jaga makan dan minum. Sehari dua ini kerap menjenguk ke hospital..... tengok orang sakit macam-macam jenis penyakit..... takut juga. Nampaknya kebanyakan penyakit zaman mutakhir ini berpunca daripada cara makan dan minum.... Ya Allah .... berilah aku dan keluargaku kesihatan yang baik supaya dapat beribadah dengan sempurna.....
No comments:
Post a Comment