Baru-baru ini aku ada terima cek daripada penerbit novelku yang terbaru. Sukanya hatiku kalau terima cek royalti novel. Memang tiap-tiap bulan aku ada terima bayaran kerana menulis dalam Kuntum. Tapi rasa exited tu dah hilang kerana dimasukkan terus ke dalam akaun bankku. Tak sama macam terima cek royalti. Bukan apa ...... kalau terima cek aku teringat zaman aku mula-mula menulis dahulu. Waktu dulu tu.... rasa suka hati tak dapat digambarkan. Rasa puas sangat kerana menerima hasil setelah berpenat lelah menyiapkan sesuatu karya. Sebenarnya duit tu habis buat belanja keluarga dan kawan-kawan saja. Tapi cek tu mesti difotostat simpan. Jadi bila terima cek royalti novel... suka sangat hati ini.....Terima kasih Puan Noor Suraya dan Puan Mariah.......Thank You So Much.... May Allah Bless You.........
No comments:
Post a Comment