Friday, January 25, 2013

CATATAN PAGI JUMAAT 3 RABIULAWAL 1434H

Pagi ini bangun agak awal . Malam tadi tadi tidur agak awal. Awal malam tadi aku sekeluarga ke Surau Al Amin taman perumahan kami untuk ikuti Program Maulidur Rasul SAW. Ada ustaz bagi ceramah. Menarik dan memberi impak yang mendalam di jiwa.

Ada kerja sebenarnya yang hendak dibuat menggunakan ltop ini. Entah macam mana rasa perlu mencatat dalan diary. Dalam masa seminggu dua ini hidupku sangat sibuk dan rencam. Ada urusan yang perlukan aku berfikir dengan bijak, tenang dan sabar. Ada urusan yang perlukan aku mengawal emosi. Ada urusan yang perlukan tenaga fizikal dan macam-macam situasi lagi. Akhirnya aku agak letih. Letih mental dan fizikal. Rupanya dalam usia menjangkau separuh abad begini tak terlarat lagi nak menangani semua ini. Namun demi tanggung jawab perlu kuredah jua.... Baru kusedar bahawa bukan semua perkara dalam perjalanan kehidupan dapat dikawal sendiri. Paling tidak bila memegang sesuatu jawatan hakiki, banyak perkara dalam kerja buat seharian .... ditentukan oleh banyak pihak yang lain. Jadi.... kurasakan untuk keluar sekejap daripada kepompong yang tidak berkesudahan itu... aku perlu `lari' untuk seketika ke ruangan diary peribadi ini untuk memastikan aku punya ruang eksklusif untuk mencurahkan apa yang dirasa......

Dah lama sebenarnya aku ingin memuatkan beberapa gambar yang membawa kenangan sepanjang jalan bagiku. Rasanya pagi inilah masanya aku berbuat demikian. Mudah-mudahan suatu masa nanti aku dapat meneliti semula ruangan ini dan mengimbau kembali kenangan dalam bentuk gambar......

KENANGAN 1
Ini keretaku yang dah dijual. Kereta ini sangat aku sayang tapi ianya manual dan aku tak mampu lagi memandu dalam jarak jauh menggunakan kereta manual. Saki kaki tak tertahan lagi. Apa boleh buat walaupun kereta ini banyak jasanya... selamat jalan KCP 7056.
 Ini kereta baruku jenis yang sama dengan yang dah dijual tapi auto. Setakat kereta ini saja aku mampu pakai. Yang penting ianya selesa dan sesuai dengan bilangan ahli keluargaku. Senang nak balik kampung dan nak travel keliling semenanjung. Selamat datang KDJ1796

KENANGAN 2

Kenangan di Padang Kota, Pulau Pinang tahun 1984. (Aku di tengah-tengah- lengan baju berlipat)
Gambar ini diambil ketika aku dan rakan MPSAH (sekarang IPSAH) berkunjung ke Pulau Pinang pada suatu hujung minggu. Ingin kucatatkan di sini nama rakan dalam gambar, Zulkefli (sekarang ngajar di utara Perak) Che Din- Jamaluddin (sekarang di Kelantan), Zamhuri (tak tahu dia ngajar di mana- terputus hubungan) Dzohir (ngajar di Terengganu) Anuar (ngajar di Gurun, Kedah) Bung Hatta (ngajar di Pahang?) dan Syed (tak tahu ngajar di mana- terputus hubungan). Waktu ni umurku awal 20-an. Sangat indah kenangan waktu ini. Harap kawan-kawan MPSAH yang ada dalam gambar ini dan terbaca diaryku ini akan sama-sama mengimbau kenangan lalu....

KENANGAN 3
 Gambar ini diambil ketika aku menjadi Guru Media di sekolah lama. Dalam gambar ini aku bersama pengawas-pengawas pusat sumber. Ramai antara anak muridku ini dah berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Dada ada juga yang menjemputku ke majlis perkahwinan mereka. Aku tak pasti berapa ramai yang dah kahwin. Mereka ni semuanya baik-baik dan raji-rajin belaka. Mereka sangat patuh dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Cikgu doakan kalian semua berjaya dalam hidup masing-masing. Jumpa cikgu di mana-mana tolong perkenalkan diri kerana mungkin cikgu dah tak kenal kemu semua....

KENANGAN 4
Ini wajah cucuku Arisya Nabila ketika berusia 10 bulan (Disember 2012). Nakal dan lasak cucuku ini. Memang terasa lain sangat memiliki seorang cucu. Betul kata orang, ada cucu tak sama dengan anak. Anak kita sayang dengan tegas untuk pastikan jadi anak yang berrguna. Cucu kita sayang dan kita manjakannya. Memang rasa jelas perbezaan itu. Terima kasih Ya Ilahi  atas kehadiran cucuku Arisya ke dunia ini... harap Arisya akan mewarisi sedikit sebanyak sifat-sifat yang ada pada wan.dan tok umi..

No comments:

Post a Comment