Aku masih belum bersedia untuk melelapkan mata. Hari ini Selasa 29 Januari 2013. Jadual harianku penuh hari ini. Urusan kerja dan famili rapat sampai ke senja. Ramai betul orang yang aku santuni hari ini. Bermacam kerenah dan semuanya menuntut kesabaran bagi menyantuni semuanya. Seperti biasa aku berjaya melaluinya dengan jaya.Begitulah selalunya bila berurusan dengan orang kadang-kadang terpaksa mengorbankan perasaan dan emosi sendiri. Selagi manusia bernama manusia maka kerenahnya memang pelbagai dan kadang-kadang tak diduga. Bukan semua gelagat manusia dapat ditelah biarpun kita rasa kita kenal baik dengan si polan itu. Apa pun semuanya semakin mendewasa dan mematangkan diri ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana setiap hari aku diberi peluang mengalami pengalaman baru dalam hidup. Terasa hidupku kini sangat rencam. Banyak peristiwa berlaku setiap hari. Serasa 24 jam tidak cukup untuk kulalui semua peristiwa tu semua. Kekadang peristiwa kecil pun menjadi hal besar bagi orang bila berurusan. Hal besar bagi orang kekadang bila kucuba tangani akhirnya sudah menjadi hal kecil. Kekadang pujian hanya sekadar bermanis muka dan mengambil hati. Kekadang aku rasa apa yang dilalui setiap hari kini membuatkan aku berada dalam situasi yang asing pula. Diriku dahulu bukan begini... aku dahulu yang pendiam, pemalu, suka menyendiri kini sudah berada dalam hiruk pikuk suasana tempat kerja. Orang-orang sekeliling yang berbilang kaum dan pelbagai feel menjadikan aku terpaksa mengikut rentak suasana sekeliling. Namun untuk apa perlu disesali apa yang dilalui. Mahu tidak mahu kena dihadapi situasi walau sesukar mana. Biarpun kucuba sedaya untuk menguasai keadaan namun selalunya aku yang terpaksa mengikut keadaan. Rupanya inilah dia nasib dalam kehidupanku. Mahu tidak mahu kuredah jua. Hanya padaMu kuserahkan diri ini ya Allah. Ampunkan dosa-dosaku, murahkan rezekiku dan keluargaku. Mudah-mudahan keberangkatanku ke Tanah Suci pada bulan Mac ini akan membawa sinar baru dalam jiwaku.....
No comments:
Post a Comment