Monday, January 14, 2013

CATATAN AWAL MALAM ISNIN 14 JANUARI 2013

Hari ini macam hari-hari lain dalam seminggu dua ini sibuk macam biasa di tempat kerja. Namun tidaklah ada kerja-kerja luar biasa... rutin sahaja. Yang aqgak memeranjatkan pun ialah aku menerima panggilan telefon daripada kaki tangan Maktab Sains Mara Kubang Pasu menyatakan anak bongsuku Hanim Hartini rberjaya mendapat tempat di MRSM Kubang Pasu. Sebelum ini aku ada menerima sms daripada Mara menyatakan bahawa anakku telah berjaya ke MRSM. Dah berbincang dengan Umi dan minta pendapat anak-anak semua dan kalau ikut undi Hanim akan teruskan belajar di SMK Sultanah Asma seperti sekarang. Jadi mahu tidak mahu terpaksa aku nyatakan kepada pihak MRSM untuk menolak tawaran tersebut. Memang terasa juga saya melepaskan peluang sebegitu, tapi itulah dia kehidupan apabila berhadapan dengan beberapa pilihan maka terpaksa mengambil kira segala segi supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Sebenarnya Hanim tidak bersedia untuk tinggal di asrama itu sahaja. Seperkara lagi dia sudah selesa di Asma. Sebenarnya aku sendiri sangat teruja apabila diberitahu bahawa Hanim berjaya dalam temuduga MRSM 10 Disember yang lalu. Dengar khabar susah nak berjaya dalam temuduga ke program matematik yang ada A level macam tu. Nampaknya aku sudah underate anak sendiri! Jauh dalam hatiku... aku bersyukur Ya Allah kerana dikurniakan anak-anak yang bijak.... bukan macam aku dulu... tak berapa pandai mana pun.....
 Ini gambar kenangan Hanim (berkaca mata) semasa majlis perpisahan bersama rakan-rakan Tahun 6 2012.

No comments:

Post a Comment