Pagi ini aku terjaga sekitar jam 5.00 pagi. Malam tadi tidur agak awal iaitu sekitar jam 11.30 malam. Anakku Hamizi balik dari Unimap Perlis. Bersembang dan berbincang panjang dengan dia pasal web online. Nampak dia sudah mahir dalam membina laman web dan aku yakin dia sudah mampu untuk menerima tempahan membina wbsite secara online. Aku cuma beri semangat dan sokongan supaya dia yakin dalam semua urusannya. Aku akan sokong semua usaha dia kerana memang aku nampak dia sangat minat dalam bisnes. Setakat ini dia sudah mahir dalam pemasangan pc, laptop, tukar screen laptop dan segala yang berkaitan laptop, memasang dan service aircond.. dari sekecil hp aircond sampailah aircond bangunan, dan terkini dia sudah boleh membina website. Memang Hamizi ni ada potensi diri yang tinggi cmua dia yang tak sedar potensinya itu. Aku masih ingat lagi akan hal Hamizi ni... waktu kecil dulu dia ada sakit. Aku dan Umi bawa dia pergi mandi kat 7 buah kolah (tempat jemaah ambil wuduk) di 7 buah masjid. Ada sekali kat sebuah masjid seorang tua datang dekat dgn Umi dan melihat Hamizi... dan dia kata, jaga anak tu baik-baik kerana dia akan jadi orang yang hebat bila besar nanti. Agaknya.... inilah masanya seperti yang disebut oleh orang tua itu. Alhamdulillah Hamizi dan adiknya Hanis akan selesai ijazah mereka bulan Jun ini.....
Ini gambar 4 orang anak kesayanganku, Hamizi, Hanis, Hazman dan Hanim Hartini. (Gambar ini kumasukkan kemudian di celah posting ini waktu kuupdate semula catatan ini)
O... ya, semasa aku mencatat diari ini... jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Hmmm hari ni jadualku memang padat. Kadang-kadang jadual hari bekerja tak sepadat hari cuti bagiku. Tambahan pula tahun ini aku dan Umi sudah tetapkan azam tahun baru ini untuk ceburi satu bidang baru. Juga tahun 2013 ini kami nak berjalan keluar negeri. Jika diizinkan Allah bulan Mac ni waktu cuti sekolah kami akan mengerjakan umrah. Memang kami sudah tetapkan nak mula berjalan perlu dimulai dengan mengunjungi Baitullah. Bulan Mei cadangnya nak ke Bandung. Mudah-mudahan jadilah .....
.... pagi ni bangun awal sebenarnya nak buat cerpen untuk Citra Peribahasa Kuntum. Memang hari ini dateline tapi cerpen belum buat. Idea dah ada tapi rangka belum buat... ha ha ha sebenarnya memang macam tulah caranya aku menulis... perlu didesak oleh dateline baru lancar menulis. Perlu disiapkan pagi ini. Apa hal pun sebelum jam 12 tgh sudah kena send via emel ke Kuntum. Petang lepas Jumaat dah nak bertolah ke Alma Bukit Mertajam... rumah adik perempuanku. Tidur di rumah barunya. Pagi esok nak ke USM Penang ambil barang Hazman yang akan tamat peperiksaan akhir semester hari ini. Esok katanya dia nak balik dgn motor. Kalau ikut seperti yang diatur nampaknya dah penuh jadual cuti hujung mingguku. Jadinya... kena berhenti di sini untuk urusan seterusnya.....
Ini gambar anak ketigaku Hazman pada hari pertama dia mendaftar sebagai mahasiswa USM. Hazman jadi orang ke 6 dalam keluargaku belajar di USM. Pertama aku, adik iparku Roslan (sedang peringkat akhir PhD di USM), adik keduaku Zamri, adik ketigaku Norliza, anak sulungku Hamizah, anak ketigaku Hanis dan Hazman. Harapanku Hazman akan jadi pakar design dalam mana-mana bidang. Sekarang ni pun dia sudah boleh buat pendapatan kalau dia hendak sebab dia nampaknya pandai dalam grafik design. Khabarnya dah banyak banner event USM dia yang buat...
No comments:
Post a Comment