Wednesday, December 5, 2012

KARYA CERPEN TERBARU

Karya Terbaru November / Disember 2012

Hari ini aku menerima emel daripada Editor Kuntum memintaku terus menulis untuk ruangan Citra Peribahasa bagi tahun 2013. Bersyukur sangat kerana aku masih ada ruangan sendiri setiap bulan dalam sebuah majalah kanak-kanak yang paling luas edarannya di Malaysia untuk segmen kanak-kanak. Selain berpeluang mendidik melalui karya fiksyen paling penting aku ada ruang untuk terus menulis, pemikiran kreatifku masih terus hidup... pena masih bertinta.... Dalam usia akan mencecah separuh abad bulan Mac 2013 nanti... aku masih mampu berkarya. Alhamdulillah... aku bersyukur Ya Allah. Kepada teman-teman lama yang tersesat masuk ke ruangan diaryku ini.... dapatlah juga mengetahui bahawa Azizan Abdul Kadir yang pernah terkenal dengan karya-karya cerpen, rencana, skrip drama radio dan novel sebelum ini .... masih terus menulis walaupun pembacanya hanyalah kanak-kanak (namun difahamkan ratusan ribu juga pembaca majalah Kuntum setiap bulan) Harapanku ... setiap tulisanku dapat mendidik , memberi semangat  mencapai kejayaan dan membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan anak-anak kecil bakal pewaris negara tercinta ini... tidak kira bangsa, warna kulit dan agama. Dalam kesuntukan masa... dihambat kesibukan kerja yang semakin mencabar.... kesibukan dengan urusan keluarga... anak isteri dan cucu... akan kucuba juga sebaik mungkin untuk terus menulis .... termasuk untuk diary ini.....

No comments:

Post a Comment