Sunday, November 25, 2012

Kembali Ke Alor Setar

Pagi ini ... dinihari Ahad 25 November 2012. Waktu aku mencatat dalam diarycikguzan ini aku sudah kembali ke Alor Setar. Petang tadi aku selamat sampai ke kediamanku. Teruk kami bertiga (aku, umi dan hanim tersangkut dalam kesesakan di kawasan berhampiran Hospital Sungai Petani. Rupanya proses membaik pulih jalanraya telang mengganggu aliran trafik. Mujur juga aku memandu Exora baruku. Auto dan ada turbo. Taklah teruk sangat lenguh kakiku.... Dah tua-tua begini memang perlukan kereta auto. Kalau manual tak tertahan lagi dah nak memandu jauh-jauh. Rupanya hukum tua sudah sampai. Alhamdulillah dengan izin Allah semua keretaku sudah auto. 

Entah kenapa pagi ini aku tak dapat tidur. Sudah terlelap awal malam tadi sebenarnya. Terjaga tengah malam. Pergi ke ruang dapur mencari air kosong. Kat ruang tamu rupanya anakku Hamizi baru sampai dari unimap Perlis. Katanya dia dah balik ke rumah sebelum ni tapi balik semula ke Unimap kerana perlu berjumpa dengan pensyarah penyelia tesis akhirnya. Entah aku pun tak berapa faham tentang projek akhirnya tu. Projek berkaitan website dan server..

Tadi menjenguk gmail sekolah... banyak emel ke sekolah yang menyentuh bidang kerjaku. Semua perlu diselesaikan dalam seminggu dua ini. Nampaknya kalau aku pergi bercuti pun terpaksa juga dibawa sekali kerja-kerja tu semua. Kebiasaanku menghasilkan novel pada hujung tahun nampaknya tidak akan jadi kenyataan.... sedihnya hati. idea dah ada... kajian dah buat. tinggal nak draf saja.... nampaknya hanya dalam ruangan diary ini sajalah aku dapat menulis..... 

Apapun.... aku tetap bersyukur kepada Ilahi kerana masih memberiku kesihatan yang baik serta fikiran yang masih jernih untuk terus meneruskan kehidupan. Mudah-mudahan kesihatanku terus baik. Harap-harap hasrat ke Tanah Suci bulan Mac nanti akan tercapai. Ingin sekali menatap Kaabah dan menziarahi Masjid Nabi......

Aku berhenti di sini untuk seketika. Semoga aku berkesempatan lagi menjenguk diary ini dalam waktu yang terdekat... wassalam.

No comments:

Post a Comment