Wednesday, November 21, 2012

Kembali Ke Bumi Terengganu

Hari ini Rabu 21 Nov 2012 merupakan hari kedua aku berada di Kuala Terengganu. Memang tahun ini aku kerap pulang ke Terengganu. Bukan apa... kakak iparku sakit dan kenalah aku dan umi kerapa pulang melawat. Setiap kali pulang nampaknya baru;ah aku punya masa lapang untuk menjenguk diary blog ku ini. Nampaknya ketika di Alor Setar hidupku sangat sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Ketika pulang ke Terengganu jugalah aku dapat berehat sikit. Tidur pun nyenyak dan fikiran pun agak santai. Tekanan pun kurang, kandungan gula dalam darah pun ok. Cuma hasrat untuk pergi bersantai di tepi pantai di mana-mana resort tidak kesampaian kali ini kerana umi ingin bersama dengan kakaknya yang sakit. Mungkin minggu depan aku akan ke Langkawi kerana menunaikan janji dengan Hanim anak bongsuku sebagai hadiah kerana dia dapat 5A dalam upsr baru-baru ini. Mungkin semasa di Langkawi nanti barulah aku dapat bersantai di tepi pantai menikmati desiran angin laut dari selat melaka.... Harap-harap tiada halangan rancangan bercuti ke Langkawi itu... aku terpaksa berhenti di sini kerana semua sudah bersiap untuk keluar makan malam. Kata adik iparku si Yati... nak pergi cari roti tempayan...

No comments:

Post a Comment