Saturday, December 8, 2012

BERSANTAI DI PINGGIRAN KUALA PERLIS

Sewaktu aku menulis ini jam di laptop ini menunjukkan 5.30 pagi. Sakarang aku, umi dan dan Hanim sedang menginap di di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Hotel ini betul-betul menghadap ke laut Kuala Perlis. Aku terjaga lebih kurang jam 4.15 pagi. Lepas solat Isyak aku keluar ke balkoni hotel dan duduk menghadap ke laut Selat Melaka. Banyak lampu kapal dan perahu nelayan berkelip-kelip. Begitu juga lampu dari menara Masjid Terapung Kuala Perlis. Kenderaan: kereta, motosikal dan bas banyak sekali melalui jalan di hadapan hotel menuju ke arah jeti. Penunggang motosikal ramai sekali menjadi juru pandu arah kepada kenderaan yang baru sampai menuju ke tempat parking sebelum ke jeti menunggu feri ke Pulau Langkawi. Rupanya sedang orang lain tidur , ramai sedang menuju ke pulau peranginan Langkawi dan ramai yang sedang mencari rezeki menyediakan tempat parking kepada kenderaan. Kuala Perlis rupanya tidak tidur! 
Aku sebenarnya tiba di Kuala Perlis petang semalam lebih kurang jam 7.30 malam. Tak ada perancangan awal pun untuk ke Kuala Perlis. Keputusan mengejut sahaja sebenarnya. Bukan apa, seharian aku berhempas pulas menyelesaikan dua tugasan besar. pertama: menyiapkan cerpen untuk ruangan Citra Peribahasa majalah Kuntum. Cerpen pertama untuk Januari 2013 iaitu ruangan tetapku untuk tahun ketiga. Tak sangka sebenarnya akan diminta meneruskan ruangan berkenaan. Alhamdulillah... syukur kepada Ilahi kerana tulisanku masih diperlukan. Agaknya ada jugalah yang menariknya gaya penulisanku. Agaknya feedback yang diterima daripada pembaca kanak-kanak memberangsangkan kot. Agaknya la.... aku tak berapa pasti ... Ruangan tu sebenarnya kuanggap sebagai komitmen bulanan yang perlu dipenuhi.  Sibuk bagaimanapun sebelum 10 hb setiap bulan aku perlu siapkan dan emel kepada editor cerpenku untuk siaran bulan berikutnya. Sedar tak sedar tak sedar sudah 2 tahun aku menulis untuk Citra Peribahasa. Seronok juga sebenarnya bila terjumpa rakan-rakan lama dan cikgu-cikgu sekolah yang bercakap dan mengucap tahniah kerana aku masih aktif menulis. Rupanya ramai rakan yang membaca cerpen tu semua. Ramai juga yang melanggan majalah Kuntum untuk anak-anak mereka setiap bulan semata-mata kerana ada cerpen peribahasaku dalam majalah tu setiap bulan. Elok juga macam tu. Adalah sedikit sebanyak aku selitkan unsur pendidikan dalam tulisanku. Sebenarnya jauh di sudut hati aku sangat bimbang dengan terhakisnya budaya membaca dalam kalangan anak-anak kecil. Bukan apa... nampaknya budak-budak sekolah seawal darjah satu tak minat lagi membaca bahan bercetak macam majalah dan buku-buku cerita . Mereka semua lebih suka dan asyik dengan hp dan tablet. Sibuk dengan fb dan sms. Padaku ini semua sangat bahaya kerana budak-budak ni banyak habiskan masa dgn gajet ni semua. Tu sebabnya semua anakku dah aku dan umi tetapkan selagi tak habis periksa SPM mereka takkan dapat hp. Kami alasan tersendiri demi masa depan mereka semua. Nampaknya semua anak patuh dan alhamdulillah baik kesannya untuk pelajaran mereka. Empat orang yang atas tu semua masuk IPTA dan yang bongsu si Hanim pun dpt 5A UPSR baru-baru ni. Tapi si Hanim ni dek kerana bongsu dan suasana zamannya yang terkini dan mesra gajetni... aku benarkan juga dengan tablet. Itupun edisi murah sekali. Kami benarkan juga dia ber fb tapi sentiasa dipantau. Tak beri peluang takut dia tak tau langsung dengan nak guna media baru tu semua. Tapi budak-budak zaman sekarang ni rupanya sangat cepat berinteraksi dengan teknologi moden. Aku yang celik teknologi juga ni pun tak begitu cekap kalau nak dibandingkan dengan si Hanim pun!. Hal kedua semalam yang dapat kuselesaikan ialah menyiapkan kerja-kerjaku sebagai PK KK disekolahku. Sekarang ni sudah 8 Disember, tu sebabnya aku siapkan segera taku nanti kelam kabut. Ini tahun ketigaku memegang tu. Boleh dikatakan dah cekap juga dalam semua urusan berkaitan bidang tugasku. Ramai dah kenalan di sekolah-sekolah lain, PPD dan JPN. Rasanya untuk tahun ke empat nanti iaitu sesi 2013, tugasku makin mudah. Tapi kerja-kerja perkeranian dan online sangat banyak dan sepanjang masa. Yang tengah aku bersiap sedia ni kalau-kalau ada reshuffle ataupun pertukaran naik pangkat. Pertukaran ke sekolah lain perkara biasa sahaja tapi pertukaran jawatan sudah pasti menuntut komitmen baharu. Banyak pula perkara-perkara baharu kena belajar dan uruskan. Tak apa itu semua kuserahkan kepada Allah kerana aku sangat yakin Allah akan takdirkanku dengan kerja-kerja yang aku mampu buat. 
Aku berhenti sahaja di sini untuk solat Subuh lagipun sekarang jam pada laptop menunjukkan pukul 6.13 pagi.

No comments:

Post a Comment