Monday, December 10, 2012

PAGI 10 DIS 2012 -- Temuduga MRSM Hanim

Pagi tadi aku bersama Umi dan Hanim Hartini ke MRSM Kubang Pasu berhampiran Dewan Wawasan Jitra kerana menemani Hanim menduduki ujian dan temuduga untuk masuk MRSM tahun depan. Hanim pohon program matematik yang ada peperiksan cambridge. Mudah-mudahan dapatlah Hanim masuk MRSM. Namun dalam hati aku tak kisah sangat dengan jenama sekolah anak-anak. Mana-mana pun tak kisah. Asal dapat belajar, usaha dengan gigih , berdoa dan bertawakkal.... insyaAllah dengan izin Allah akan berjaya.

No comments:

Post a Comment